web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pecah Tabung Masjid, Remaja 15 Tahun Tidak Bersekolah Antara 7 Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 4:48PM

Antara barangan yang disyaki digunakan oleh suspek untuk melakukan aktiviti pecah tabung masjid di Melaka, yang telah dirampas oleh polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun antara tujuh individu ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes pecah tabung masjid di sekitar Melaka, sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kesemua suspek yang berusia antara 15 hingga 35 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan sejak Januari hingga Februari lalu.

Menurutnya, masjid terbabit terletak di kawasan Tanjung Minyak, Tanjung Kling, Batang Tiga dan Kandang untuk daerah Melaka Tengah, manakala di Alor Gajah, kegiatan itu tertumpu di Kuala Sungai Baru serta Masjid Tanah.

“Suspek dikatakan pergi ke masjid berkenaan untuk memecahkan tabung antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi, sebelum waktu Subuh dengan memakai topi keledar.

“Sekiranya masjid atau surau berkunci, mereka dikatakan bertindak mengumpil pintu,” katanya.

Abdul Majid Mohd Ali
Abdul Majid Mohd Ali

Beliau berkata, siasatan dijalankan mendapati remaja berusia 15 tahun itu sudah tidak bersekolah.

Suspek juga, katanya, dipercayai menggunakan wang hasil mencuri tabung masjid untuk membeli dadah dan makanan memandang mereka tiada pekerjaan tetap.

“Anggaran kerugian dilaporkan kira-kira RM5,000, selain semakan lanjut dijalankan mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah tertentu dan dadah,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, penangkapan kesemua suspek membantu pihak polis menyelesaikan lapan kes pecah tabung masjid di sekitar negeri berkenaan.

“Dalam tempoh Januari hingga Februari lalu, kita membuka 21 kertas siasatan dan hasilnya, lapan kes diselesaikan.

“Pihak polis turut meminta kerjasama dan menyarankan jawatankuasa masjid serta surau agar membuat kutipan wang tabung setiap hari bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya. – 3 Mac 2022

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 14 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad