Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kes Kematian Semalam Direkod Dalam 72 Jam, Bukan Sehari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 2:09PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tampil menjelaskan 'kekeliruan' segelintir pihak berhubung jumlah kes kematian baharu akibat COVID-19 adalah setinggi 115 semalam, seperti dilaporkan laman sesawang COVIDNOW.

Beliau berkata, kes kematian itu bukan data direkodkan sehari, sebaliknya ia berlaku dalam tempoh 72 jam.

Menurutnya, bermula 1 Mac 2022, proses pelaporan kematian ditambah baik dan diumumkan mengikut angka data kes yang diterima daripada lapangan pada setiap hari. 

“Seperti dinyatakan sebentar tadi, satu pelaporan kematian adalah dalam jangka masa 72 jam dan bagi kes yang memerlukan siasatan lanjut di lapangan, contohnya kajian bedah siasat, ujian makmal dan sebagainya, ia boleh mengambil masa sehingga empat hingga enam minggu untuk dilaporkan serta diumumkan.

“Pada 2 Mac 2022, daripada 115 kematian diumumkan, 62 atau 54 peratus adalah kes yang berlaku dalam masa 72 jam, manakala selebihnya, iaitu 53 kematian (46 peratus) melebihi 72 jam,” kata Khairy menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Khairy memaklumkan, laporan kematian yang diterima hanya diumumkan selepas proses pendaftaran kes di peringkat negeri selesai dan adakala ia mengambil masa agak panjang. 

Justeru, ujarnya, terdapat sebilangan kes yang tertunda untuk diumumkan dan ini adalah antara faktor penyambung kepada kes backlog (tertunggak) bagi pengumuman kes kematian COVID-19. 

“Sehubungan itu, bagi memastikan ketepatan masa atau ‘timeliness’ pelaporan kematian COVID-19, kes kematian tidak lagi menunggu pendaftaran kes dan perlu dilaporkan dalam jangka masa 72 jam setelah kematian terjadi sebagaimana ditetapkan KKM,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, ketika negara dilanda gelombang Omicron ini, pendekatan menyeluruh harus diambil, terutama membabitkan kes kematian.

“Kematian tidak hanya merujuk kepada bilangan mutlak setiap hari, tetapi yang paling utama adalah melihat kepada Kadar Kematian Kes (Case Fatality Rate (CFR).

“Ini kerana apabila kita menuju ke arah endemik, CFR adalah indikator kematian tepat dalam memberi gambaran keadaan pandemik semasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan, pada 2 Mac 2022, Malaysia mencatatkan CFR sebanyak 0.2 peratus dan CFR sepanjang masa (kumulatif) pula adalah 0.9 peratus.

“Kadar kematian kes biasanya digunakan sebagai ukuran keterukan penyakit (disease severity) dan sering digunakan untuk prognosis (meramalkan perjalanan penyakit atau hasil), di mana kadar CFR yang rendah menunjukkan keterukan penyakit lebih rendah.

“Ia juga boleh digunakan untuk menilai kesan rawatan baharu dan keterukan penyakit berkurangan apabila rawatan bertambah baik. - Getaran, 3 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pusat Jantung Negara Sabah Bakal Jadi Fasiliti Kedua Terbesar Selepas IJN

oleh Fida Ruzki

Semasa 16 jam yang lalu

Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia