web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johor Capai 70 Peratus Pemberian Dos Penggalak, Beri Perlindungan Kepada Pengundi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 6:14PM

Khairy Jamaluddin mengadakan sidang media selepas membuat lawatan kerja di Pusat Penilaian COVID-19 Klinik Kesihatan Simpang Renggam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Johor telah mencapai sasaran pemberian vaksinasi dos penggalak COVID-19 sebanyak 70 peratus setakat ini, yang diyakini memberi perlindungan kepada pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan sasaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) PRN Johor pada 12 Mac ini.

“Ini memberi perlindungan yang baik kepada pengundi-pengundi terutamanya warga emas, mempunyai komplikasi kesihatan supaya terlindung, lagi-lagi dengan kegiatan kempen yang sedang berlangsung.

“Semua perancangan telah kita buat. Prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor dilonggarkan berbanding Melaka. Maklumat yang ada pada KKM, walaupun kes meningkat tetapi kesan tidak serius seperti beberapa bulan lepas,” katanya pada sidang media di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klinik Kesihatan Simpang Renggam di sini, hari ini.

Beliau juga memaklumkan vaksinasi kepada kanak-kanak pula telah mencapai 25 peratus atau lebih 103,000 kanak-kanak melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Johor.

Katanya peratusan itu melebihi peratusan di peringkat nasional iaitu 23 peratus.

Bagi mengawasi SOP PRN Johor, Khairy berkata KKM ada mewujudkan pasukan di bawah Unit Kesihatan Awam bagi memantau SOP PRN dan mengeluarkan kompaun kepada sesiapa sahaja yang melanggar SOP tanpa mengira parti atau individu.

“Saya telah minta, pertama berikan teguran jangan kerumuni pemimpin, kedua kita minta supaya jaga penjarakan ketika jalankan jelajah mesra, kita minta penguat kuasa guna budi bicara,” katanya.

Mengulas mengenai petugas media yang dikompaun RM1,000 kerana didakwa melanggar SOP COVID-19 semalam, Khairy berkata kompaun tersebut telah dibatalkan.

“Saya telah minta kompaun itu dibatalkan sebab saya tengok balik laporan itu, ia bukan salah beliau (wartawan).

“Saya beritahu kepada penguat kuasa kalau wartawan buat kerja, bagi amaran dan teguran dulu. Jika ia bukan kesalahan dia, dia memang nak mencari interview dan sebagainya, tidak perlu kompaun,” katanya.

Semalam, seorang petugas media yang membuat liputan proses penamaan calon bagi PRN Johor dikompaun RM1,000 kerana didakwa melanggar SOP COVID-19, di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad