web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor, 239 Calon Layak Bertanding

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 4:03PM

Dua anggota polis memantau perjalanan proses penamaan calon di DUN Layang-Layang. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 239 calon layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata selain itu, tiada pencalonan yang ditolak selepas proses penamaan calon.

"Daripada 239 calon layak bertanding, 202 adalah lelaki dan 37 lagi adalah wanita,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, selepas selesai proses penamaan calon hari ini.

Terdapat kira-kira 2.5 juta pemilih berdaftar pada PRN Johor yang melibatkan pertandingan di 56 kerusi. 

Beliau berkata calon tertua pada pilihan raya itu berusia 71 tahun iaitu daripada Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai manakala calon termuda berumur 26 tahun di DUN Mengkibol yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan DUN Tangkak daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Abdul Ghani berkata terdapat lapan calon berusia bawah 30 tahun bertanding pada PRN kali ini.

Seramai 52 calon berusia 30 hingga 39 tahun, 72 calon berusia 40 hingga 49 tahun, 64 calon berusia antara 50 hingga 59 tahun manakala 43 calon berusia 60 tahun ke atas.

Daripada keseluruhan 239 calon, 56 masing-masing adalah calon BN dan PN, Pakatan Harapan (30), Pejuang (42), PKR (20), Bebas (16), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) (7), Parti Warisan (6), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (4), dan masing-masing satu mewakili Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon oleh pegawai pengurus hingga 11.59 malam 11 Mac. 

Sementara itu, SPR dalam kenyataan memaklumkan ia telah menubuhkan 56 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau semua aktiviti calon bertanding ketika berkempen.

SPR turut memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRN Johor telah diluluskan akan dilaksanakan dengan ketat di semua proses perjalanan pilihan raya iaitu proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi. 

Maklumat lanjut mengenai SOP berkenaan boleh diperoleh di portal spr.gov.my. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad