web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Mati Dijerut, Tukang Cat Kenderaan Suspek Utama

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 3:10PM

Lokasi mayat mangsa ditemukan di di kawasan semak, Jalan Kionsom Lama, Inanam, Kota Kinabalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis percaya berjaya menyelesaikan kes bunuh membabitkan seorang lelaki yang dijerut di kawasan semak di Jalan Kionsom Lama, Inanam, dengan penahanan seorang tukang cat kenderaan, pagi tadi.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan sekitar jam 11.20 pagi tadi di rumah sewanya di Kampung Bambangan, Inanam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek ketika ditahan mengaku terlibat dalam kes kematian seorang lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai dijerut menggunakan wayar.

“Suspek turut ditahan bersama telefon pintar milik mangsa. Berdasarkan pengakuan dan rampasan, kita percaya kes bunuh di kawasan semak di Jalan Kionsom, Inanam, malam tadi, telah berjaya diselesaikan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga pendakwaan ke atas suspek dijalankan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam tadi, seorang lelaki ditemui maut oleh isteri dan ahli keluarganya selepas keluar untuk bertemu seorang pemilik bengkel kira-kira jam 1 petang.

Mangsa yang dihantar oleh bapanya ke premis itu sempat menghantar lokasi melalui aplikasi WhatsApp kepada bapanya, namun usaha mencari mangsa selepas itu menemui kegagalan.

Mohd Zaidi berkata, susulan laporan yang diterima, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah bergegas ke lokasi untuk siasatan lanjut bersama Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Pasukan Forensik.

Turut terlibat dalam misi mencari itu ialah Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Pemeriksaan awal yang dijalankan oleh Unit Kecemasan Hospital Likas percaya bahawa mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh lebih enam jam sebelum mayatnya ditemui.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat selepas mendapatkan keputusan ujian saringan COVID-19,” tambahnya. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad