web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUDA Tak Akan Serah Kerusi, Nekad Bertanding DUN Puteri Wangsa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 10:47AM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MUDA komited untuk tidak menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa kepada PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac depan.

Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu kekal kerana ia telah dicapai bersama AMANAH dan DAP yang memperuntukkan enam kerusi kepada MUDA.

“MUDA adalah parti yang berdiri sendiri, kami telah menandatangani pakatan pilihan raya.

“Keputusan rundingan bersama dengan PAN dan DAP telah dibuat, jadi MUDA akan pertahankan itu,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Amanah dan DAP Johor dilaporkan memperuntukkan enam kerusi DUN buat MIDA pada PRN Johor selepas beberapa rundingan dilakukan.

Enam kerusi tersebut adalah DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Namun, Timbalan Ketua Penerangan PKR, Manivanan Gowin dilaporkan mahu MUDA memulangkan kerusi Puteri Wangsa kepada PKR, kerana berhasrat mencalonkan Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis untuk bertanding di DUN terbabit.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, pihaknya akan mengumumkan enam calon yang diketengahkan MUDA secara berperingkat mulai minggu depan.

Ahli Parlimen Muar itu memberi jaminan, MUDA akan mengetengahkan lebih ramai calon wanita untuk bertanding pada PRN Johor kali ini.

“Calon pertama kita akan umum pada minggu depan, melibatkan pelbagai latar belakang.

“Nama calon kita masih dibincangkan dan akan dimaklumkan kepada umum dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu sama ada akan bertanding merebut mana-mana 42 kerusi yang dipertandingkan.

“Ramai ahli parti yang lebih layak untuk diketengahkan pada PRN Johor,” katanya. - Getaran, 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 2 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad