web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktiviti Curi Kabel Tumpas, 7 Lelaki Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 8:44PM

Mohd Hamizi memeriksa kabel milik TM yang dirampas oleh polis di sebuah jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tajau Termenung, Tuaran, Khamis lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUARAN - Kegiatan curi kabel yang dijalankan tujuh lelaki dengan memakai 'vest' serta menggunakan kenderaan syarikat kontraktor berdaftar terbongkar selepas mereka ditahan polis, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, kesemua suspek didapati melakukan kegiatan berkenaan di sebuah jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tajau Termenung.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hamizi Halim berkata, kejadian berkenaan dikesan oleh pegawai keselamatan Telekom Malaysia (TM) yang bertindak menahan kumpulan berkenaan dan menghubungi pihak polis.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati, kumpulan tersebut melakukan pemotongan kabel tembaga milik TM sepanjang kira-kira 190 meter.

"Siasatan mendapati, kesemua suspek berusia 20 hingga 34 tahun adalah pekerja di sebuah syarikat sub kontraktor yang bertanggungjawab membuat pemasangan kabel optik Unifi TM," katanya.

Menurut Mohd Hamizi, rampasan kes kali ini dianggarkan bernilai RM25,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

Katanya, pihak polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.

"Polis percaya dengan tertangkapnya tujuh suspek ini, sekurang-kurangnya lapan kes kecurian kabel berjaya diselesaikan.

"Semua suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan," tambahnya. - Getaran, 31 Januari 2022
 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad