web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Perlu Atasi 'Learning Loss' Pelajar Akibat COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 4:22PM

Berdasarkan statik, 36 peratus atau 1.5 juta pelajar tidak dapat mengikuti PdP secara atas talian disebabkan pelbagai faktor sepanjang tempoh pandemik. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) perlu merangka dan melaksanakan segera dasar pemulihan bagi menangani masalah ‘learning loss’ atau tiada pengetahuan dalam kalangan pelajar semasa pandemik COVID-19.

Usaha itu juga membolehkan kementerian terbabit mengharungi cabaran dihadapi bidang pendidikan, sekali gus memiliki sistem lebih anjal untuk mendepani krisis masa depan.

Ahli Parlimen Belia Malaysia (Johor), Kiran Raj Sathivel berkata, statistik di negara ini mendapati, 36 peratus atau 1.5 juta pelajar tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian disebabkan pelbagai faktor sepanjang tempoh pandemik.

“Keadaan ini sudah tentu akan mengakibatkan masalah learning loss dalam kalangan pelajar semasa COVID-19.

“Learning loss merujuk kepada tiada pengetahuan dan kemahiran khusus/am atau perubahan dalam pencapaian akademik akibat gangguan terhadap persekolahan formal,” katanya hari ini.

Kiran Raj Sathivel
Kiran Raj Sathivel

Kiran berkata, bagi usaha merangka pemulihan secara efektif itu, kerajaan dicadang meningkatkan belanjawan pendidikan daripada beberapa aspek dengan menjadikan negara barat sebagai modal.

Jelasnya, KPM harus memastikan pelajar yang ketinggalan dalam PdP ketika COVID-19 menerima sokongan dan bantuan diperlukan untuk membolehkan mereka mencapai sasaran pembelajaran ditetapkan.

"Kaedah pemulihan kedua adalah melaksanakan program kesinambungan pendidikan bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran teradun untuk pelajar.

“Program ini dapat membantu meningkatkan komunikasi antara guru dan pelajar, malah memastikan akses kepada bahan pendidikan serta pelajar tetap diperoleh dan dipertingkat walaupun terpaksa meneruskan persekolahan semasa tempoh kuarantin," katanya.

Program pemulihan pembelajaran seperti ini jelas beliau lagi, diyakini mampu membantu menangani jurang pembelajaran.

Menurut Kiran, bajet pendidikan juga perlu dipertingkatkan menerusi peruntukan kepada kerajaan negeri bagi memastikan sistem pemulihan berdaya tahan.

Langkah ini, katanya, bagi menampung pembiayaan alat bantu mengajar dan peralatan, selain memberikan sokongan serta perlindungan sosial kepada guru dan kakitangan KPM melalui kenaikan gaji.

"Kerajaan juga perlu memantau secara teliti tahap perbelanjaan secara keseluruhan untuk pendidikan, bertujuan memastikan dana disalurkan dengan cekap, terutama bagi pelajar paling memerlukan.

"Sekiranya tiada sebarang intervensi daripada KPM bagi menangani isu learning loss, berkemungkinan ia akan memberikan kesan negatif dalam jangka masa panjang terhadap kesejahteraan pelajar," tegasnya.

Ujar Kiran, isu terbabit juga akan mengakibatkan akses kepada pendidikan tinggi menjadi kurang, kadar penyertaan pasaran buruh lebih rendah dan purata pendapatan secara individu semakin merosot.

“Walaupun ini (pemulihan) adalah satu proses jangka masa panjang, saya berharap usaha terbabit akan membantu sistem pendidikan negara pulih daripada kesan COVID-19.

“Usaha ini juga boleh membantu pihak berkaitan menyesuaikan diri dengan pendekatan lebih efektif dan fleksibel pada masa depan,” katanya. – Getaran, 31 Januari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad