web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Patut Naikkan Gaji Minima, Bukan Tarif Elektrik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 1:26PM

Kenaikan gaji minima akan membantu golongan pekerja dan kenaikan terakhir berlaku pada 1 Januari 2020 lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan terus digesa supaya menaikkan gaji minima yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Januari 2022, terutama dalam keadaan negara dilatari kenaikan harga barangan di pasaran.

Setiausaha Agung Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kenaikan itu sepatutnya dilakukan selaras dengan Akta Gaji minima yang memerlukan kajian dibuat setiap 2 tahun.

“Kenaikan terakhir berlaku pada 1 Januari 2020, justeru MTUC menunggu pengumuman kerajaan berkaitan kenaikan gaji minima baharu.

“Namun, MTUC dikejutkan dengan pengumuman kenaikan tarif elektrik kepada penguna bukan domestik,” katanya hari ini.

Kamarul Baharin Mansor
Kamarul Baharin Mansor

Kamarul Baharin berkata, kenaikan tarif elektrik kepada pengguna bukan domestik kerana dikenakan surcaj, tetap akan memberi kesan terhadap peningkatan harga barangan lain.

"Pihak industri akan memindahkan kos kenaikan tarif kepada pengguna yang akan menjejaskan mereka.

"Kenaikan gaji minima dan peningkatan tarif elektrik turut memberikan kesan serta impak kepada golongan pekerja," tegasnya.

Menurut beliau, kenaikan gaji minima akan membantu golongan pekerja, manakala peningkatan tarif elektrik pula pasti membebankan golongan terbabit.

"Bagaimana kerajaan boleh mengekang harga barangan sedangkan produk kawalan, seperti minyak masak dijual melebihi nilai ditetapkan.

“Laporan gaji pekerja pembersihan di Singapura yang mampu mencapai pendapatan RM10 ribu boleh dijadikan panduan kepada kerajaan bagi mengkaji kaedah gaji minima di Malaysia," katanya.

MTUC jelas beliau, akan berhubung dengan kesatuan berkaitan di republik itu bagi mendapatkan penjelasan dan kaedah terbaik dalam pelaksanaan gaji minima baharu.

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, kesatuan itu turut bimbang dengan keadaan semasa isu pekerjaan di negara ini.

“Selain isu gaji minima belum dinaikkan, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dalam beberapa isu masih tertangguh, antaranya isu buruh paksa, pindaan Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan, Akta Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) yang tidak diadakan sejak setahun lalu.

“MTUC sudah menghantar surat untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bersedia untuk berbincang serta mendengar nasihat daripada beliau untuk kebaikan Keluarga Malaysia,” katanya. – Getaran, 31 Januari 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar