web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abdul Rahman Sulaiman, Mentor Ramai Wartawan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 8:04AM

Allahyarham Abdul Rahman Sulaiman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyifatkan Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman sebagai mentor kepada ramai wartawan.    

Ras Adiba ketika dihubungi berkata ketika menyertai dunia kewartawanan pada 1986, beliau banyak mengikuti perkembangan Abdul Rahman yang juga bekas Pengerusi Bernama dalam industri media. 

“Namun ketika itu, saya tidak berani rapat dengan Allahyarham kerana (Allahyarham) dilihat begitu serius dalam kerja. Selepas tidak lagi dalam dunia kewartawanan, saya terus mengikuti pelbagai sumbangan Allahyarham dalam dunia politik,” katanya. 

Beliau berkata Abdul Rahman menunjukkan contoh yang baik kepada wartawan sekarang apabila terus berbakti kepada negara dengan mencurahkan idea dan berkongsi pengalaman menerusi pelbagai platform biarpun tidak lagi bertugas dalam organisasi media. 

“Sumbangan yang dicurahkan Allahyarham selepas meninggalkan industri media telah mengangkat martabat profesion kewartawanan,” katanya yang mendoakan agar roh Abdul Rahman dicucuri rahmat dan keluarga Allahyarham tabah menerima pemergian beliau.  

Abdul Rahman, 75, yang merupakan Pengerusi Bernama ke-10, meninggal dunia pada kira-kira 4 petang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras di sini semalam akibat serangan jantung.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Mokhtar Hussain menyifatkan pemergian Abdul Rahman sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan negara.

Beliau berkata jasa Allahyarham dalam bidang kewartawanan dan pengalaman Abdul Rahman menerajui agensi berita negara iaitu Bernama semestinya menjadi penanda aras bagi pelapis wartawan serta kepimpinan organisasi itu pada masa akan datang.

"Saya percaya pemergiannya akan dirasai oleh semua yang terlibat dalam dunia kewartawanan terutama yang pernah berkhidmat dan menerima tunjuk ajar beliau," katanya kepada pemberita di kediaman Abdul Rahman di sini malam tadi.

Ketua Pengarang Bernama, Khairdzir Mohd Yunus pula berkata Allahyarham adalah seorang ketua yang sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan anak buahnya serta suka berkongsi idea dengan sesiapa sahaja dalam kalangan warga Bernama.

 “Allahyarham juga tidak lokek mencurahkan ilmu dan pengalamannya kepada wartawan muda serta mempunyai sikap tidak suka dirai. Ketika Allahyarham menjadi Ketua Pengarang dan saya Ketua Biro Kedah, Allahyarham kerap melakukan kunjungan mengejut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata antara pengalaman berharganya bersama Allahyarham ialah ketika menganggotai pasukan Bernama bagi liputan Rundingan Damai Haadyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang membawa kepada pembubaran dan peletakan senjata PKM. 

Bekas Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata beliau banyak berinteraksi dengan Allahyarham ketika menyandang jawatan Ketua Pengarang dan Pengurus Besar agensi berita tersebut iaitu ketika Abdul Rahman menjadi Ketua Komunikasi Majlis Tindakan Ekonomi Negara serta Pengerusi Bernama.

Yong berkata hubungan kerjanya dengan Allahyarham sebelum itu amat licin kerana Abdul Rahman adalah seorang yang bersikap  amat menyokong apabila beliau bersetuju dengan sesuatu perkara yang wajar.

"Beliau tidak melengahkan masa untuk buat keputusan setelah menerima gambaran sepenuhnya. Saya juga amat kagum dengan pengetahuan luas beliau dalam bidang politik serta ekonomi.

"Allahyarham juga suka berjenaka. Apabila saya bertemu beliau pada kali terakhir di majlis Institut Akhbar Malaysia dua bulan lepas, soalan pertama daripadanya sambil tepuk bahu saya adalah “Bila kau nak kahwin lagi?” kerana isteri saya telah meninggal dunia sejak tujuh tahun lepas," katanya.

Penasihat Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI), Datuk Zakaria Abdul Wahab pula berkata ketika beliau mula menyertai Bernama pada 1980, Abdul Rahman adalah Ketua Pengarang Berita Bernama.

Zakaria, yang juga bekas Ketua Pengarang Bernama, berkata Allahyarham merupakan seorang yang sangat mesra, peramah dan senang didekati selain suka mendekati wartawan lain.

"Masa dia jadi Ketua Pengarang pun, kita tidak janggal dengan dia, dia akan terus rapat, jumpa dengan wartawan kadet, senior, dia layan sama sahaja.

"Seorang yang mesra dengan siapa pun, tak kira siapalah, dia rapat sahaja, senang didekati, kalau ada masalah boleh jumpa dia, amat praktikal, pragmatik, kerja di bawah dia semuanya berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata Abdul Rahman juga sering membantu wartawan lain untuk membuat liputan tugasan dengan memberikan idea, sesuai dengan pengalaman Allahyarham.

"Saya terhutang budi juga kepada dia sebab dia telah menamakan saya sebagai calon setiausaha akhbar Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad dari 1998 hingga 2003). Itu yang saya dapat jadi setiausaha akhbar, itu jasa dia kepada saya," katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran