web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Sektor Pertanian, Perikanan Dan Penternakan Alami Kerugian Lebih RM90 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 8:21AM

Selangor paling paling teruk terjejas dengan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM32.8 juta untuk bidang pertanian, perikanan dan penternakan melibatkan 1,100 pengusaha. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sektor pertanian, perikanan dan penternakan merekodkan kerugian lebih RM90 juta setakat ini membabitkan 7,578 pengusaha industri agromakanan atau Wira Agro di seluruh negara susulan bencana banjir pada akhir 2021.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata daripada jumlah itu, Selangor merupakan negeri paling teruk terjejas dengan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM32.8 juta untuk ketiga-tiga bidang yang membabitkan 1,100 pengusaha.

“Angka ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa apabila survei secara keseluruhan dibuat kerana kerosakan adalah cukup ekstensif sekali,” kata beliau dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya Datuk Seri Ahmad Hamzah pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor ke-44 di sini malam tadi. 

Beliau berkata dalam konteks PPN Selangor, lebih RM1.9 juta nilai kerugian yang direkod adalah membabitkan 91 projek pertanian di lima kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan iaitu Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Branang dan Sepang. 

Ronald juga berharap semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bersama dengan golongan sasar bekerjasama mengadaptasi teknologi dalam bidang pertanian. 

"Daya saing sektor pertanian perlu kita pertingkatkan agar dapat menghadapi cabaran di masa mendatang. Tidak kurang penting, kita mesti terus mampu menarik minat golongan muda untuk menceburi industri agromakanan, bukan sekadar menjadi petani tetapi pengusaha yang inovatif, moden dan berkepakaran tinggi. 

"Peremajaan sektor agromakanan ini penting agar penggunaan teknologi revolusi industri 4.0 dalam industri agromakanan dapat direalisasikan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar