web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Curi Jutaan Ringgit, Khalid Samad Gesa Edisi Siasat Tunjukkan Diri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 9:00PM

Khalid Samad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik akaun Twitter Edisi Siasat digesa tampil ke hadapan dan memberikan bukti berhubung kes kecurian dana bernilai jutaan ringgit, yang didakwa melibatkan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.

Bercakap kepada Getaran di sini hari ini, Khalid berkata akaun berkenaan mendakwa, kecurian itu berlaku ketika beliau menyandang portfolio Menteri Wilayah Persekutuan selama 22 bulan.

Tegas beliau, perbuatan berselindung di sebalik akaun berkenaan disifatkan sebagai pengecut kerana tidak menampilkan sebarang identiti.

Edisi Siasat telah membuat kenyataan tidak berasas dan berselindung di sebalik individu yang tidak diketahui.

“Jika Edisi Siasat itu serius dan mahu menampilkan bukti, maka individu berkenaan perlu mendedahkan siapa mereka.

“Tapi kalau hanya mahu cakap sahaja, baling batu sembunyi tangan, semua pengecut dan dalam dunia sesiapa sahaja boleh buat begitu,” katanya.

Khalid yang jelas berang dengan dakwaan tersebut turut menggesa pemilik akaun segera menampilkan diri bagi membolehkan tindakan perundangan diambil ke atas mereka.

“Sekiranya Edisi Siasat betul-betul yakin dan ada bukti untuk mendedahkan isu penyelewengan tersebut maka saya gesa mereka tampilkan diri dan beri saya peluang untuk berikan kenyataan.

“Orang yang bercakap tanpa tidak tahu siapa individu berkenaan, mereka dianggap tiada kredibiliti.

“Kalau betul-betul mahu tuduh, perlu tunjuk dan maklumkan siapa individu yang bercakap itu, kemudian kita boleh mempersoalkan tentang bukti dan tampil ke hadapan untuk berikan bukti yang sahih,” katanya lagi.

Sementara itu, mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu pembohongan serta fitnah yang sengaja direka untuk menjatuhkan kredibilitinya.

Mempersoalkan motif Edisi Siasat membuat dakwaan berkenaan, Setiausaha Agung DAP itu menambah, laman tersebut dilihat sangat menyokong bekas Perdana Menteri, Najib Razak baru-baru ini.

Semalam dalam satu ciapan di Twitter, Edisi Siasat mendakwa Khalid dan Guan Eng antara individu daripada parti pembangkang yang terlibat dengan kes curi jutaan ringgit ketika mentadbir negara di bawah panji Pakatan Harapan (PH).

“Khalid curi berjuta-juta ketika beliau menjadi menteri, begitu juga Guan Eng.

“Edisi Siasat tidak akan mengundi BN, PH atau Perikatan Nasional (dalam pilihan raya umum akan datang),” katanya.

Cubaan Getaran untuk mendapatkan komen daripada pemilik akaun berkenaan gagal apabila mendapati ia sudah dipadam dari Twitter. - Getaran, 25 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dah Habis Ke Seluar Dalam Kat Rumah Sampai Kena Mencuri?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Anggota Polis PGA Didakwa Curi Wang RM85,000 Dalam Premis Perniagaan

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad