Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Halang Perhimpunan Aman Perangai Lapuk - BERSIH

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 8:20PM

Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki Sabtu lalu. - Gambar fail oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan dan pihak berkuasa yang gemar menghalang perhimpunan aman adalah perangai lapuk dan mencerminkan kemunduran pentadbir.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyifatkan, tindakan itu juga dianggap membazirkan sumber dan tenaga pihak berkuasa, terutama polis.

Jurucakap Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata, ‘kuasa’ berhimpun adalah hak asasi manusia dan tidak sepatutnya peserta perhimpunan dilayan seolah-olah penjenayah yang ingin membuat kacau dan kerosakan.

“BERSIH mengecam sebarang tindakan untuk menyiasat aktivis anak muda yang berhimpun secara aman dan melaksanakan hak perlembagaan mereka sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, iaitu setiap warganegara berhak untuk menganjurkan serta menyertai perhimpunan aman.

“Siasatan secara rambang ini adalah satu bentuk gangguan dan intimidasi kepada rakyat yang ingin menggunakan hak dan dijamin perlembagaan, terutama apabila perhimpunan tersebut terbukti berjalan secara aman,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk siasatan yang dikenakan terhadap aktivis muda kerana menganjurkan perhimpunan #TangkapAzamBaki Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner (ACP) Amihizam Abdul Shukor, seramai 19 aktivis anak muda disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan peraturan-peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Seramai 94 peserta dan aktivis serta 12 pengunjung awam yang menghadiri perhimpunan itu turut dikenalpasti.

Pada hari perhimpunan, dilaporkan hampir semua jalan masuk ke Kuala Lumpur dan beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel ditutup.

Pihak polis dilaporkan turut mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang mana-mana pihak berkumpul di Sogo, Masjid Jamek dan Dataran Merdeka serta mengerahkan lebih 1,000 anggota polis mengawal perhimpunan berkenaan.

Mengulas lanjut, jawatankuasa itu berkata, pihak berkuasa, terutama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya lebih bersifat memandu serta mengawasi, berbanding menyekat rakyat daripada berhimpun.

Pihak terbabit, katanya, tidak sepatutnya menghalang rakyat yang menyertai perhimpunan untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan aman dan teratur.

“Tindakan dan respon ini jelas sangat berlebihan dan merupakan satu pembaziran sumber di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Pada masa sama, jawatankuasa itu mempersoalkan penggunaan sumber kerajaan yang begitu besar untuk menekan satu perhimpunan aman, dan bagaimana ia dapat dimobilisasikan dalam masa amat singkat.

“Tetapi sumber kerajaan begitu besar ini tidak dapat dimobilisasikan bagi menangani bencana banjir untuk menolong mangsa bencana terbabit baru-baru ini? 

“BERSIH berpandangan pihak berkenaan, terutama Hamzah dan PDRM perlu menukar kaedah mereka dalam memberikan respon kepada sebarang penganjuran perhimpunan aman.

“Kini sudah masuk tahun 2022 dan demokrasi sepatutnya lebih baik daripada tahun terdahulu,” katanya. - Getaran, 25 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

3

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Ribuan Berkumpul Di Luar Parlimen UK, Desak Gencatan Senjata Di Gaza

4

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ajak Rakyat Sertai Perhimpunan Bersama Palestin Malam Esok

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran