Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tahanan Ingkar PKP Kian Bertambah, Penjara Semakin Sesak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 8:12AM

Beberapa kem Pusat Latihan Khidmat Negara telah diubah suai buat sementara bagi memastikan ia sesuai untuk dijadikan pusat tahanan. - Gambar dari Facebook PLKN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA : Kitaran masalah yang dicetuskan pandemik COVID-19 bukan hanya membabitkan aspek ekonomi dan kesihatan semata-mata, tetapi turut bersangkut-paut perihal keselamatan, termasuk di penjara.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masalah kesesakan dan kepadatan di 38 penjara seluruh negara dikesan berlaku, sekali gus menimbulkan satu polemik lain yang memerlukan perhatian serius semua pihak berkaitan.

Ini memaksa kerajaan, melalui Kementerian Dalam Negeri untuk mewartakan 13 Akademi Latihan Penjara sebagai Penjara Khas untuk menempatkan pesalah yang ingkar PKP.

Sumber memberitahu Getaran, 25 daripada 38 penjara itu dilaporkan semakin sesak dan prasarana sedia ada tidak mampu menampung jumlah banduan yang bertambah saban waktu.

Menurut sumber, statistik daripada Jabatan Penjara mendapati, jumlah banduan di seluruh negara yang mencecah 68,730 itu adalah melebihi kapasiti sepatutnya iaitu 52,000 orang.

“Daripada jumlah berkenaan, 32,000 ialah dari kategori banduan parol, tahanan kesalahan ringan iaitu yang menjalani hukuman penjara kurang dari setahun, banduan sistem kehadiran wajib dan tahanan reman.

“KDN juga sedang dalam proses meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kepada Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan bagi membolehkan penagih ditempatkan di pusat pemulihan milik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya.

Sumber itu berkata, pindaan terbabit adalah antara langkah yang diyakini mampu membantu mengurangkan kesesakan di penjara, khususnya membabitkan banduan bagi kesalahan berkaitan dadah.

“Jabatan Penjara dan KDN juga menempatkan sebahagian banduan di beberapa kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diubah suai buat sementara bagi memastikan ia sesuai untuk dijadikan pusat tahanan.

“Selain hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian, kadar sewa yang rendah juga antara faktor yang membuatkan kem PLKN sebagai pilihan sepanjang pandemik,” katanya.

Terdahulu, mantan Presiden Persatuan Pengusaha Kem Latihan Khidmat Negara (PLKLKN), Datuk Seri Ahmad Kamel Ibrahim berkata,

Keputusan menjadikan kem PLKN sebagai pusat tahanan sementara dibuat bagi memastikan kerajaan dapat menangani masalah jangkitan COVID-19 di kalangan banduan dan tahanan secara lebih efektif.

Katanya, kesemua 80 kem yang ada itu mampu menempatkan 400 katil setiap satu, walaupun selepas dilaksanakan penjarakan sosial, dan ia membabitkan kapasiti sehingga 32,000 penghuni keseluruhan.

Ia bertepatan dengan kenyataan dibuat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali baru-baru ini yang mengesahkan, terdapat 15 kem PLKN dikenal pasti akan disewa bagi memainkan peranan sebagai Depoh Tahanan Sementara.

Mohd Zuki berkata, ia bagi menjamin pelaksanaan penjarakan fizikal iaitu prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi susulan penularan COVID-19.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan mendedahkan, kesesakan di pusat tahanan merupakan antara faktor jangkitan COVID-19 di kalangan banduan dan kakitangan penjara. - Getaran, 11 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Tak Sabar Mahu Pulang, Tahanan Malaysia Di Guantanamo Tunggu Usaha Diplomatik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tahanan Lolos Mula Keluar Cari Makan, 10 Berjaya Ditahan Semula - Ruslin

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Politik 14 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad