web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Rempuh Pihak Berkuasa, Polis Lepas Tembakan Amaran Pada Proton Wira

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 5:19PM

Polis memeriksa Proton Wira yang ditahan selepas pemandunya cuba merempuh pihak berkuasa ketika melarikan diri di Jalan Tun Fuad, Kota Kinabalu, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah Proton Wira, selepas pemandunya cuba merempuh pihak berkuasa ketika melarikan diri dalam kejadian di Jalan Tun Fuad, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu, pemandu berkenaan bersama dua lagi rakannya yang dipercayai tidak memiliki dokumen pengenalan diri cuba mengelak dari ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, insiden berkenaan bermula apabila unit kereta Peronda MPV menahan kereta tersebut selepas menerima maklumat sepasang suami isteri sedang bergaduh di dalam kenderaan itu.

Katanya, anggota MPV kemudian mengarahkan semua individu, terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 34 tahun dalam kenderaan berkenaan untuk keluar bagi menjalani pemeriksaan.

"Ketika pemeriksaan, wanita terbabit dan seorang lelaki mendakwa bahawa mereka adalah pasangan suami isteri dan menyerahkan MyKad untuk diperiksa.

"Dua lagi individu mendakwa tidak membawa MyKad sementara pemandu memberitahu MyKad miliknya berada di tempat duduk pemandu," katanya.

Bagaimanapun Mohd Zaidi berkata, wanita berkenaan bersama dua lagi suspek  bertindak masuk semula ke dalam Proton Wira tersebut dan memecut laju meninggalkan suaminya serta seorang lagi penumpang.

Katanya, anggota MPV terus mengejar kenderaan terbabit, namun sebaik sampai di Jalan Tun Fuad Stephens yang sesak, pemandu Proton Wira itu berpatah balik secara berbahaya dan hampir merempuh anggota polis.

"Keadaan itu menyebabkan anggota terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar untuk memberhentikan kenderaan berkenaan. Pemandu kemudian memberhentikan kenderaan di tengah jalan sebelum melarikan diri bersama dua rakannya.

"Wanita terbabit berjaya ditahan di sebuah bilik penginapan di Sinsuran dan siasatan mendapati MyKad yang dibawa adalah milik orang lain," katanya.

Mohd Zaidi memberitahu, polis sedang mengesan dua lagi suspek, iaitu pemandu kenderaan serta penumpang, masing-masing dikenali sebagai Ijam dan Ali.

Katanya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan tiga suspek yang ditahan juga akan direman untuk membantu siasatan.

Semalam, sebuah video rakaman tular di media sosial, memaparkan individu melarikan diri dari sebuah Proton Wira berwarna kuning yang diberhentikan di tengah jalan. - Getaran, 12 Januari 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad