web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Pandang Ringan Varian Omicron - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 12:00PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usah ambil ringan dengan penyebaran varian Omicron COVID-19 yang dianggap kurang berbahaya berbanding varian Delta, kata Pakar Virologi Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazlina Ibrahim.

Menurut beliau, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana varian Omicron mempunyai tahap kebolehjangkitan lebih tinggi, khususnya ketika berada di kawasan tertutup.

“Jika kita lihat penularan varian Omicron di Malaysia ini, banyak melibatkan mereka yang baru pulang dari negara seperti Arab Saudi, berada dalam lingkungan tertutup dan berhawa dingin seperti pesawat, tidak menjaga penjarakan sosial serta mengabaikan penggunaan pelitup separuh muka.

"Beberapa pakar sebelum ini pernah memaklumkan bahawa bangunan tertutup yang mempunyai pengudaraan tidak baik lebih berisiko untuk menularkan COVID-19 berbanding luar bangunan,” katanya kepada Getaran.

Dr Nazlina Ibrahim
Dr Nazlina Ibrahim

Meluahkan kebimbangan jangkitan varian Omicron di pejabat, Dr Nazlina berkata, varian itu dikatakan sangat mudah merebak melalui sistem pengudaraan.

''Jika sebelum ini kita risau dengan penularan varian Delta di pejabat, varian Omicron juga sama, malah kebolehjangkitan varian Omicron lebih tinggi.

"Kerana itu, sangat penting mempunyai pengudaraan baik dengan membuka tingkap dan pintu di rumah atau pejabat bagi membolehkan udara segar masuk," katanya.

Tegas beliau, penggunaan pelitup separuh muka juga perlu dipraktikkan ketika berada di pejabat dan dijadikan kebiasaan.

"Sekarang ini, kebanyakan mereka sudah bekerja seperti biasa, jadi penggunaan pelitup muka dan hidung serta penjarakan  satu meter juga perlu dijadikan sebagai suatu kebiasaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Nazlina berkata, kebanyakan kes awal Omicron kurang menyebabkan kemasukan ke hospital atau bantuan oksigen ke atas pesakit.

"Namun, untuk kesan jangka masa panjang, varian tersebut dianggap sangat bahaya kerana setakat ini, ciri-ciri khusus Omicron masih belum diketahui, khususnya dari aspek kekuatan, jangkitan dan pelbagai faktor lain, justeru risiko yang ada perlu diminimumkan," katanya.

Pengambilan dos penggalak jelas beliau lagi, antara langkah pencegahan yang diyakino berkesan bagi mengurangkan  risiko dijangkiti varian Omicron.

“Apabila dos penggalak diambil, ia secara tidak langsung menguatkan antibodi seseorang daripada terkena jangkitan virus COVID-19, sekali gus mengurangkan risiko dijangkiti varian tersebut," katanya.

Dr Nazlina menarik perhatian, penerima vaksin COVID-19 walaupun sudah lengkap dos kedua, masih boleh dijangkiti wabak itu tetapi kuantiti virus dalam badan pembawa adalah sedikit, menyebabkan kadar kebolehjangkitan atau R naught (Rt), semakin rendah.

"Ketika vaksin COVID-19 dihasilkan, ia direka bagi mengurangkan kematian akibat COVID-19, selain mengelak pesakit dimasukkan ke hospital dan mengurangkan gejala teruk akibat wabak ini," katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kementeriannya tidak menolak kemungkinan gelombang varian Omicron akan menular di Malaysia, seperti yang berlaku di negara lain.

Katanya, beberapa langkah segera perlu diambil untuk memperlahankan penularan varian membimbangkan (VOC) yang berasal dari Afrika Selatan itu.

Jelas beliau, sebanyak 32 kes atau 50 peratus daripada keseluruhan jangkitan Omicron di Malaysia berlaku dalam kalangan jemaah yang pulang daripada mengerjakan umrah.

Ia katanya, antara faktor yang membuatkan kerajaan melaksanakan penangguhan ibadat umrah selama sebulan, berkuatkuasa 8 Januari lalu. - Getaran, 12 Januari 2022.

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad