web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Musnah Ditimpa Banjir, Pusat Perlindungan Anjing Terbiar Rayu Bantuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 8:31AM

K-9 Cottage musnah selepas dihanyutkan air ketika banjir besar melanda Sungai Lui, Hulu Langat, pada 18 Disember lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hati mana tidak sedih melihat pusat perlindungan buat anjing jalanan yang dibangunkan hasil titik peluh sendiri musnah akibat bencana banjir pada 18 Disember lalu.

Tiada apa dapat digambarkan oleh Muhammad Salehin Ibrahim, 60 yang juga pemilik K-9 Cottage tatkala melihat penempatan sementara haiwan tersebut di Sungai Lui, Hulu Langat dihanyutkan kepala air disebabkan hujan lebat berterusan.

Menurut beliau, peristiwa hitam itu menjadi  sejarah yang tidak dapat dilupakan sehingga kini, kerana hampir meragut nyawa dan sembilan anjing di pusat terbabit.

“Ketika membawa anjing ke tempat tinggi, secara tiba-tiba kepala air datang membuatkan saya dan sembilan anjing dihanyutkan arus yang amat deras. Alhamdulillah, saya sempat berpaut pada tiang gazebo bersama dua ekor anjing.

“Pada mulanya, saya sedih kerana enam lagi telah dihanyutkan namun setelah berpaut kira-kira dua jam, dengan kuasa Allah, anjing yang dibawa kepala air tadi kembali dan berada bersama-sama saya sehingga air surut sepenuhnya,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Muhammad Salehin berkata, apa yang amat memilukan adalah apabila keseluruhan barangan yang ditempatkan di pusat perlindungan itu rosak sepenuhnya.

Meskipun perit menerima hakikat tersebut, beliau reda untuk kembali bangkit meneruskan aktiviti membantu menyelamatkan anjing jalanan.

“Kerugian keseluruhan yang perlu saya tanggung mencecah RM500,000. Amat berat dugaan ini kerana tempat itu saya bangunkan menggunakan duit saya sendiri dan bantuan perseorangan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Walaupun perit namun saya perlu bangkit semula demi memberi tempat perlindungan buat anjing-anjing terbiar ini. Memang habis ‘total loss’ serta tak boleh buat apa dah," katanya, sebak.

Meski pasrah dan reda menerima ketentuan takdir, beliau mengakui buntu mengenangkan untung nasib hidupnya selepas ini.

Keseluruhan barangan yang ditempatkan di pusat perlindungan itu rosak sepenuhnya.
Keseluruhan barangan yang ditempatkan di pusat perlindungan itu rosak sepenuhnya.

Muhammad Salehin berkata, membangunkan kembali pusat perlindungan tersebut pastinya menelan tempoh yang lama, kerana sejumlah modal besar diperlukan bagi menggantikan kerosakan semua peralatan.

“Banyak saya perlukan pemulihan bagi mendapatkan keadaan yang baru, yang macam biasa. Saya kena pulihkan dahulu tempat ini. Sekarang ini semuanya berterabur. Kita pun tak tahu rancangannya bila boleh siap.

“Buat masa ini, saya sedang melakukan pembersihan kawasan dan membina semula pagar terlebih dahulu bagi mengelakkan semua anjing itu terlepas ke jalan raya dan dicederakan masyarakat sekitar seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya, bimbang.

Walaupun menyedari pembinaan pusat perlindungan anjing itu tidak disenangi masyarakat setempat, Muhammad Salehin tidak mempunyai pilihan, selain mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi membina semula penempatan haiwan tersebut.

“Saya amat memerlukan tenaga kerja serta kepakaran dalam membina semula pusat ini, serta dana untuk menampung semua kos.

"Untuk bergerak atas sumber sendiri, sememangnya saya tidak mampu dan tak tahulah, bila ia akan siap," keluhnya.

Orang ramai atau NGO yang mahu menyalurkan bantuan katanya, boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB, 8001330075 atas nama Muhammad Salehin.

"Mereka juga boleh menghubungi saya di talian di talian 011-14828717 sekiranya ada pertanyaan lanjut," katanya dengan penuh harapan. - Getaran, 8 Januari 2022.

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat PH Negeri Sembilan Fokus Isu PRN, Bukan Mesyuarat Khas

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad