web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomba Bantu Isteri Gagalkan Cubaan Bunuh Diri Suami

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 9:35PM

Anggota bomba membantu seorang wanita memujuk suaminya agar tidak terjun dari tingkat 3, sebuah bangunan di Bandar Ramai-Ramai, Sandakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Seorang isteri berjaya memujuk suaminya yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda dapur, hasil bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an berada di beranda dapur rumah mereka di tingkat tiga sebuah bangunan di Bandar Ramai-Ramai, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.37 malam semalam dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

"Sejurus tiba, pasukan mendapati seorang lelaki sedang berada di beranda dapur di tingkat tiga sebuah bangunan.

"Ketika mangsa dipujuk isterinya, pasukan kita berjaya masuk ke dalam rumah dan menarik mangsa serta menenangkan beliau," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa, katanya, turut mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki akibat terpijak serpihan kaca.

"Operasi ditamatkan pada jam 10.46 malam selepas tiada bahaya lain dikesan di lokasi," tambahnya. – Getaran, 4 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

2

Semasa 6 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad