web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Kota Marudu Meningkat, 504 Ditempatkan Di PPS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 8:33PM

Jumlah mangsa banjir di PPS meningkat kepada 504 orang, melibatkan 167 keluarga di Kota Marudu, hari ini. - Gambar ihsan APM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA MARUDU - Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 504, membabitkan 167 keluarga, susulan gelombang kedua banjir di beberapa perkampungan di sini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Sharudin Md Zain berkata, semua mangsa itu ditempatkan PPS Sekolah Kebangsaan Teritipan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek. 

"Daripada jumlah itu, seramai 113 adalah lelaki, 121 wanita manakala 229 lagi adalah kanak-kanak.

"Sehingga jam 2 petang tadi, sebanyak lapan kampung terjejas berbanding hanya enam buah semalam," katanya ketika dihubungi Getaran 

Dua kampung yang baharu ditenggelami air adalah Tandek dan Popok Laut.

Semalam, Getaran melaporkan banjir gelombang kedua melanda daerah ini selepas enam buah kampung iaitu Asin-Asin, Beliajung, Tingkalanon, Tongkungon, Taritipan dan Morion mula ditenggelami air pada jam 4.15 petang semalam.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Bencana (Banjir) Kota Marudu kemudian membuat pengisytiharan banjir dan mengaktifkan semula semua PPS di sini, sebagai persiapan awal untuk menempatkan mangsa banjir. - Getaran, 1 Januari 2022

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad