web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjalanan Umrah Ditangguh Mulai 8 Januari 2022

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 10:50AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menangguhkan kebenaran mengerjakan umrah buat sementara waktu bermula 8 Januari ini ekoran penularan Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata tempahan tiket penerbangan baharu untuk perjalanan ibadah itu ditangguhkan berkuatkuasa hari ini.

Katanya, penangguhan tersebut kekal sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kerajaan kelak.

“Kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel dikenal pasti pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) perlu dijalani jemaah umrah yang pulang bermula 3 Januari ini.

“Bagi jemaah yang akan berlepas ke tanah suci pada 1 hingga 7 Januari ini, mereka dibenarkan meneruskan perjalanan, namun perlu menjalani kuarantin di stesen atau hotel dikenal pasti NADMA apabila pulang,” katanya.

Khairy berkata, keputusan itu ditetapkan selepas perbincangan diadakan semalam, bersama beberapa agensi yang terbabit dalam pengurusan jemaah umrah.

Agensi itu, katanya terdiri daripada, NADMA; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); Jabatan Wakah, Zakat dan Haji (JAWHAR); Kementerian Pengangkutan (MOT); Majlis Keselamatan Negara (MKN); Jabatan Imigresen (JIM) serta Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH).

Beliau berkata, perbincangan itu disusuli Mesyuarat Khas Kuartet yang diperngerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Hasil mesyuarat itu dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan bersetuju menangguhkan perjalanan umrah bagi jemaah Malaysia bagi membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara.

“Penilaian risiko situasi COVID-19 varian Omicron di dalam dan luar negara, khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala sebelum keputusan membenarkan semula ibadah ini dilakukan,” katanya.

Khairy memberitahu, sehingga 30 Disember lepas 11,108 jemaah umrah telah tiba di Malaysia dan 1,306 daripadanya atau 11.76 peratus dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah itu, 592 dikesan positif pada ujian pertama semasa hari ketibaan di Malaysia manakala 714 kes dikesan positif pada ujian kedua yang dijalankan pada hari kelima kuarantin.

Semalam, katanya, dua lagi kes COVID-19 disahkan varian Omicron, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 64 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 32 kes atau 50 peratus dikesan dalam kalangan jemaah umrah.

Katanya, 63 daripadanya melibatkan pengembara dan satu kes disyaki jangkitan tempatan. 

Beliau memaklumkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 1,077 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara dari tempoh 21 sehingga 29 Disember lepas.

“Sebanyak 966 daripadanya telah menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS), dan daripada 966 sampel berkenaan, 750 atau 77.6 peratus melibatkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi. - Getaran, 1 Januari 2022

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar