web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CEO Serba Dinamik Didakwa, Kemuka Pernyataan Palsu Pada Bursa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 5:00PM

Dr. Mohd Abdul Karim Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO Kumpulan) Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik), Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), Februari lepas. 

Mohd Abdul Karim, 56, yang juga Pengarah Urusan Serba Dinamik mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan, Mohd Abdul Karim selaku pengarah syarikat tersebut didakwa dengan niat untuk menipu telah mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal Serba Dinamik yang terkandung dalam laporan suku tahunan syarikat bagi suku kewangan berakhir 31 Dis 2020.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Bukit Kewangan, di sini pada 26 Feb lepas mengikut Seksyen 369(a)(B) dibaca bersama Seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 369 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM3 juta, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Sekuriti Zul’aida Zulkifli tidak menawarkan sebarang jaminan mengambil kira faktor tertuduh sepatutnya dituduh di mahkamah atas kesalahan sama bersama tiga pegawai Serba Dinamik yang lain semalam, namun dia tidak hadir.

“Berikutan itu, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap tertuduh semalam. Namun, sekiranya jaminan akan ditawarkan mengikut budi bicara mahkamah, pihak kami menawarkan jumlah RM2 juta dengan dua penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan dan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Sekuriti secara berkala sehingga kes selesai,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya bukan mahu melarikan diri tetapi diberikan notis terlalu singkat untuk hadir ke mahkamah semalam. 

“Anak guam saya memerlukan sedikit masa untuk berunding dengan pihak kami (peguam). Waran tangkap telah dikeluarkan semalam tetapi pada hari ini anak guam saya telah hadir ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan ke atasnya,” kata beliau.

Sabariah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Sekuriti secara berkala sehingga kes selesai serta menetapkan 27 Jan 2022 untuk sebutan semula kes itu.

“Pasport tidak perlu diserahkan kepada mahkamah, tetapi dengan peringatan keras tertuduh wajib hadir ke mahkamah pada setiap tarikh ditetapkan atau jaminan akan dibatalkan,” katanya yang turut mengingatkan semua pihak supaya mematuhi masa yang ditetapkan mahkamah.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, Timbalan Presiden Akaun dan Kewangan syarikat sama, Muhammad Hafiz Othman, 37, hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memalsukan rekod perakaunan Serba Dinamik.

Muhammad Hafiz didakwa menyebabkan buku-buku berhubung urusan perbadanan Serba Dinamik dipalsukan iaitu rekod perakaunan anak syarikatnya, Serba Dinamik Sdn Bhd, dengan mengarahkan penyediaan dokumen palsu berkaitan jualan syarikat (Serba Dinamik). 

Maklumat dalam dokumen palsu tersebut telah direkodkan dalam rekod perakaunan Serba Dinamik Sdn Bhd  di Menara Serba Dinamik, Seksyen 14, di sini, antara 1 Jan 2020 dan 26 Feb 2021.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 368(1)(b)(i) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 368(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan Muhammad Hafiz diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 26 Jan 2022 untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti Izuddin Mohamad dan Newton Tham manakala tertuduh diwakili peguam Mak Lin Kum serta Syed Amir Syakib Arsalan.

Semalam, di dua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, syarikat Serba Dinamik yang diwakili Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Abu Bakar Uzir, 43, dan tiga pegawai kanan iaitu Pengarah Eksekutif Bukan Bebas Datuk Syed Nazim Syed Faisal, 41, Pengawal Kewangan Kumpulan Azhan Azmi, 39, dan Muhammad Hafiz masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan  mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia, Februari lepas. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad