web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ATM Sedia Buka Semula Hospital Medan, Bantu Tangani Omicron

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 11:55AM

ATM bersedia membuka semula hospital medan untuk menghadapi gelombang ketiga COVID-19, melibatkan Omicron, namun setakat ini tiada arahan untuk berbuat demikian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia untuk membuka semula hospital medan di mana-mana lokasi, bagi menangani kemungkinan gelombang ketiga COVID-19 membabitkan varian Omicron.

Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri berkata, bagaimanapun setakat ini tiada sebarang arahan daripada Kementerian Kesihatan untuk membuka semula hospital medan di negara ini.

“Secara peribadi, sekiranya diarahkan, kita bersedia membuka kembali hospital medan untuk membantu.

“Tetapi setakat ini tiada sebarang arahan daripada mana-mana pihak. Kita sentiasa bersedia sekiranya diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam memaklumkan, 306 daripada 366 kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara dari 21 sehingga 25 Disember lalu telah menunjukkan kemungkinan varian Omicron.

Khairy berkata, data itu diperoleh menerusi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hasil ujian PCR Genotyping Assay.

Sabtu lalu, Khairy turut memberitahu sebanyak 62 kes varian Omicron COVID-19 telah dikesan di Malaysia setakat ini.

Muhammad Huzaimi Sabri
Muhammad Huzaimi Sabri

Sementara itu, Huzaimi berkata, hospital medan di Hospital Pulau Pinang menjadi lokasi hospital medan terakhir negara, selepas beroperasi selama 97 hari bermula 24 September lalu.

Selain Hospital Pulau Pinang, katanya, ATM turut membuka hospital medan di lapan lokasi lain di seluruh negara bagi membantu merawat dan menangani peningkatan kes COVID-19.

“Antaranya adalah di Kepala Batas, Johor Bahru, Selayang, Alor Star, Labuan, Tawau, Hospital Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, dan di Kapit, Sarawak.

“Kesemua hospital medan di lapan lokasi itu telah ditutup secara berperingkat bermula tahun lalu," katanya. - Getaran, 29 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar