web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Varian Omicron, Bakal Jemaah Umrah Harus Dapatkan Dos Penggalak - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 6:47PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bakal jemaah umrah harus mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum berlepas ke tanah suci, Makkah berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat berikutan penularan varian Omicron di Arab Saudi ketika ini.

“Kita akan bincang dengan syarikat pelancongan yang menguruskan umrah, supaya mereka memastikan semua jemaah sudah menerima dos penggalak.

“(Arahan itu) berkuatkuasa serta-merta,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci digalakkan untuk membuat ujian kendiri COVID-19 sepanjang tempoh kuarantin.

Katanya, langkah itu perlu diambil memandangkan terdapat kes jemaah dijangkiti virus pada hari kelima kuarantin, meskipun ujian calitan sewaktu ketibaan didapati negatif.

“Banyak kes kita terima, mereka negatif untuk ujian pra pelepasan dan juga ujian semasa ketibaan, tetapi positif pada ujian hari kelima. Maksudnya mereka dijangkiti tapi tak dapat dikesan.

“Ini sesuatu yang kita pelajari mengenai Omicron. Jadi kita galakkan mereka yang balik umrah untuk laksanakan ujian kendiri setiap hari supaya tidak menjangkiti ahli keluarga lain di rumah,” katanya.

Khairy berkata, mereka juga perlu tinggal berasingan dengan ahli keluarga yang lain sepanjang menjalani tempoh kuarantin.

“Sekiranya anda didapati positif kemudian tak jalani pengasingan di bilik lain, maka ahli keluarga lain boleh dijangkiti. Mereka kemudiannya menjangkiti orang lain pula.

“Saya mohon mereka yang balik dari umrah atau luar negara (untuk) betul-betul patuh kuarantin di rumah. Bukan hanya berada di rumah tapi asingkan diri dari ahli keluarga lain. Ini sangat penting,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, belum ada keperluan untuk menangguhkan perjalanan umrah buat masa ini.

“Buat masa ini, kuarantin di rumah masih dilaksanakan dan buat ujian kendiri. Sekiranya keadaan di Arab Saudi merosot dan (jika) penularan Omicron daripada mereka yang kembali dari umrah nanti adalah di paras agak membimbangkan, maka kita akan step up measure lagi iaitu kuarantin di pusat kuarantin.

“Kemudian ketiga, kita tangguh dulu umrah tapi kita belum sampai tahap itu lagi.  Kita go step by step. Kita tak mahu terburu-buru, kita masih pantau situasi. We are stepping up the gate keeping dan juga langkah-langkah,” katanya. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar