web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Banjir: 46 Maut Setakat Ini, 5 Lagi Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 2:02PM

Keadaan banjir di Kg Batu Kapor, Mentakab, Pahang semasa gambar dirakamkan pada petang Khamis lalu, yang menunjukkan paras air naik hingga ke paras bumbung rumah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak 46 mangsa korban banjir dicatatkan setakat 4 pagi tadi, dengan lima lelaki di Pahang dilaporkan masih lagi hilang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 25 kematian dicatatkan di Selangor membabitkan 17 lelaki dan lapan wanita, manakala di Pahang sejumlah 18 kematian membabitkan 12 lelaki, empat perempuan dan dua kanak-kanak lelaki dilaporkan.

Katanya di Kelantan pula dua mayat lelaki dan satu mayat kanak-kanak perempuan telah ditemukan.

"Masih terdapat 334 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tujuh negeri iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor membabitkan 54,532 mangsa banjir," katanya pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, Pahang mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 29,108 mangsa, diikuti Selangor 23,302 mangsa.

Menurut Acryl Sani 68 lokasi jalan terjejas banjir ditutup antaranya di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

"Sebanyak 15 kes dilaporkan membabitkan 10 laporan pecah rumah dan premis perniagaan serta lima kes kecurian kenderaan di seluruh negara dari 17 hingga 24 Disember," katanya.

Acryl Sani berkata seramai 377 anggota dikerah di seluruh negara bagi memastikan kes jenayah seperti pecah rumah dan curi kenderaan di kawasan banjir tidak berulang. - Bernama

Sorotan

1

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

2

Azizulhasni Bersara Dengan Tenang Jika Berjaya Rangkul Emas Di Olimpik Paris

3

Terbuka Singapura: Jun Hao Lakar Kejutan Singkir Juara Bertahan Ginting

4

Aaron-Wooi Yik 'Mandi Peluh' Sebelum Ke Pusingan Kedua Terbuka Singapura

5

Mohamad Husaini, Nor Hidayah Johan Tilawah Al-Quran

6

Declan Tawar 'Versatil' Kepada Pan Gon

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

oleh Alfian Z.M. Tahir

Politik 9 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap 6 Julai, Undi Awal 2 Julai - SPR

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Penolong Pegawai Tadbir JHEAT Berdepan 24 Pertuduhan Salah Guna Kuasa