web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Buka 13 Kertas Siasatan Libatkan Jenayah Harta Benda Di Selangor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 8:24AM

13 kertas siasatan dibuka melibatkan jenayah harta benda di Kontinjen Selangor sejak 17 Disember hingga semalam dengan 9 kes kerana menceroboh pasar raya dan kedai. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka sebanyak 13 kertas siasatan berkaitan jenayah harta benda melibatkan banjir di Kontinjen Selangor bagi tempoh 17 Disember hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata PDRM tidak menerima laporan berkaitan jenayah harta benda daripada lain-lain kontinjen.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu, sebanyak empat siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri motosikal dan sembilan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaaan kerana menceroboh pasar raya/kedai.

"Selain itu, seramai 43 suspek telah ditahan dengan pecahan 40 lelaki dan tiga wanita yang akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri dalam tempoh terdekat.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda, selain mematuhi semua arahan yang dikeluarkan kerajaan serta undang-undang negara demi keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Pada Isnin lepas, seramai 31 individu diberkas disyaki terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah pasar raya di Taman Sri Muda, Shah Alam, dekat sini. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad