Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Barang Bantuan Mangsa Banjir Dicatu?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 9:25PM

Tular video di media sosial yang mendakwa terdapat banyak perkara luar jangka berlaku di PPS, termasuk dakwaan catuan makanan. - Gambar dari Twitter @aminurhanis_

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Banjir luar jangka melanda Selangor menyebabkan ramai mangsa terjejas dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sejak Sabtu lalu.

Sejak itu, bantuan demi bantuan dihulurkan sama ada dalam bentuk wang ringgit, barang makanan dan keperluan serta tenaga untuk meringankan beban mangsa banjir.

Malah tidak dinafikan bantuan yang diberikan ketika ini melebihi daripada keperluan mangsa terjejas terutamanya yang ditempatkan di PPS.

Terbaru, tular di Twittter mengenai video seorang wanita dipercayai petugas sukarelawan, yang mendakwa wujud segelintir pihak mencatu bantuan kepada mangsa banjir yang tidak berada di PPS, Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Putra Heights.

Malah lebih menyedihkan, sukarelawan yang bertugas di PPS terbabit didakwa turut dihambur kata-kata kesat kerana mengagihkan barang bantuan kepada mangsa yang terperangkap di rumah dan PPS lain.

“Barang bantuan banyak tapi tak boleh share. Bantuan banjir disekat, siap dapat makian lagi.

“After ‘mata mata’ dia lari, ramai orang datang stage minta barang keperluan. Some of them mengadu ‘takut’ nak minta barang sebab nanti kena marah dengan petugas,” katanya.

Dakwanya lagi, banyak barang bantuan tiba di PPS tersebut sejak semalam.

“Barang banyak tau malam tadi and hari ini ada lagi bantuan akan sampai. Punyalah kedekut tak nak share dengan orang luar sedangkan semua barang ini dapat dari sumbangan orang ramai dan PPS lain juga.

“Kami tak pernah haling mangsa dalam dewan nak minta barang banyak kali. Area Bukit Lancong, Kampung Tengah, ramai yang WhatsApp cakap tak dapat bantuan, barang tak cukup. Tak tahu nak minta bantuan dekat mana,” katanya.

Kedengaran suara sebak wanita terbabit yang kecewa kerana tidak dapat membantu mangsa terjejas yang lain.

“Memang stok banyak and kami tahu akan ada banyak lagi barang akan sampai sebab tu kami berani offer dekat PPS lain, mangsa yang tak dapat bantuan.

“Orang dalam dewan ni boleh ambil je bila-bila mereka nak. Salah ke kami kongsi dengan orang lain yang juga memerlukan?,” soalnya.

Malah wanita terbabit turut kecewa apabila usaha mereka membantu mangsa terjejas di PPS tersebut seolah-olah tidak dihargai.

“Setiap kali barang dah nak habis, kami akan cari bantuan. Kami tak pernah abaikan mereka yang dalam dewan. 

“Dah barang ada lebih, kenapa tak boleh share? Apa yang takut sangat barang habis? Demi Allah bantuan tak pernah stop masuk,” katanya.

Paparan mesej yang tular di media sosial mengenai dakwaan seorang sukarelawan di bawah JKM.
Paparan mesej yang tular di media sosial mengenai dakwaan seorang sukarelawan di bawah JKM.

Video dikongsi Aminurhanis di Twitternya turut mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku ketika negara dilanda bencana banjir.

Pada masa sama, beberapa individu turut tampil mendedahkan masalah sama turut berlaku di beberapa PPS lain.

“Ahli majlis Dewan Kekwa Seksyen 17 (Shah Alam) pun sama. Bantuan tiba bermacam bentuk, dia collect dan simpan dalam stor kemudian kunci.

“Dah kunci dia tampal notes kat luar ‘rosak, jangan buka’. Mangsa banjir yang duduk PPS macam pengemis tanya ada bantal tak kak? Ada selimut tak kak? Walhal barang sumbangan ini disumbang ikhlas untuk mangsa banjir. Kenapa perlu mereka meminta-minta?,” soal Naabihaaa.

Seorang individu turut mendakwa situasi sama berlaku di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Labohan Dagang dekat Banting, Selangor.

“Saya volunteer under Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam untuk bantu mangsa banjir kat SK Labohan Dagang. Ramai sangat badan bukan kerajaan (NGO) datang bagi keperluan.

“Tapi sedihnya, pengurusan kat situ totally hancur by unknown perempuan under Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) tu. She claims that she the leader for that PPS, dia handle semua.

“Masa on that day, penyelaras JKM dapat tahu dia simpan barang dalam store tu berkunci. My mum tanya leader tu ada apa je dalam tu.

“Dia kata ada beras, selimut, tilam dan lain-lain yang akan diagihkan sewaktu habis keluar dari PPS nanti,” katanya.

Namun dakwanya, masalah tersebut berjaya diselesaikan selepas kehadiran seorang lelaki dipercayai Ketua JKM Kuala Langat.

“Hari ini ketua JKM Kuala Langat, lelaki turun untuk brainwash akak leader kononnya tu. Store dah dibuka dan barang diagihkan kepada semua orang kat situ.

“Ada 678 penduduk. Kasihan tak cukup barang, padahal leader simpan dalam store untuk preparation after banjir,” katanya.

Lebih mengejutkan, situasi catu bantuan turut berlaku di banyak PPS sekitar Kuala Langat.

Berdasarkan paparan skrin mesej yang tular di media sosial mendakwa bantuan sumbangan orang ramai banyak diagihkan kepada petugas-petugas tertentu.

“Memang betul bantuan banyak sampai tapi bantuan tu banyak di bagi pada petugas-petugasnya. Ketua yang jaga barang-barang tu siap datang kat bilik tanya kat petugas ni nak apa-apa lagi tak, apa lagi yang tak ada.

“Tapi tak tanya pun akak yang duduk kat dalam bilik tu. Bantuan yang di bagi pada orang-orang sini semua dicatu, tapi para petugas senang-senang je dapat. Belum lagi petugas-petugas ambilkan barang-barang untuk family sendiri,” katanya. 

Sementara itu, seorang netizen mendakwa masalah tersebut sudah lama berlaku tetapi hanya didedahkan susulan bencana banjir menimpa kawasan sekitar Lembah Klang.

“Benda begini memang sekian lama berlaku tapi kali ini kat Kuala Lumpur dan scale begini, baru ramai lebih tahu.

“Perangai buruk yang memberi dan menerima bantuan, semua pun ada. Fokus pada yang elok kalau tak semua give up nak bantu pula,” kata Miss7460.

Segelintir netizen turut berkongsi pautan video tersebut di Twitter dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya mengetengahkan masalah tersebut kepada pihak berkaitan. - Getaran, 23 Disember 2021

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Politik 1 hari yang lalu

Jentera UMNO Wajib Kerja Keras Menangkan Calon Perpaduan Di KKB

oleh Rafisqi Radhi

Politik 16 jam yang lalu

Harap Kerajaan Laksana Cukai Mudarat, Boleh Guna Bangunkan Komuniti Bukan Islam - Edmund

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad