Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bantuan Lewat Tiba, Mangsa Banjir Tenang ‘Sound’ Noh Omar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 12:12PM

Tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita meluahkan kekecewaannya kepada Noh Omar ketika beliau melakukan tinjauan ke atas mangsa banjir di Selangor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelewatan kerajaan dalam membantu mangsa banjir di Selangor terus menjadi bualan hangat warganet di media sosial.

Terbaru, seorang mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor meluahkan rasa kecewanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berhubung kelewatan bantuan daripada agensi kerajaan pada hari pertama penduduk terperangkap.

Video pertemuan empat mata antara wanita terbabit dengan Noh yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor tular di Twitter sejak malam tadi.

Lebih menyedihkan, wanita terbabit mendakwa tiga rakyat Indonesia sanggup menggadai nyawa mereka menyelamatkan anak seorang mangsa banjir yang terperangkap di atas bumbung rumah.

“Kalau Tan Sri nak tahu hanya menolong kami rakyat Indonesia, mendayung sampan sampai tiga orang, untuk menyelamatkan anak kakak ini yang terperangkap atas bumbung rumah, daripada jam 12 tengah malam sehingga 4.30 pagi, 5.30 pagi.

“Itu (rakyat Indonesia) yang menolong kami, rakyat asing. Di manakah agensi kerajaan pada masa itu?” soalnya kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang itu.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 100 penduduk di Taman Sri Nanding terperangkap dalam bah, Ahad lalu dan terpaksa berlindung di atas bumbung Surau Al Munir lebih 12 jam.

Mangsa yang terjejas terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), warga emas berkerusi roda, bayi baru lahir dan ibu mengandung.

Kesemua mangsa terpaksa bermalam di atas bumbung surau dalam kesejukan.

Walaupun kekecewaan jelas terpancar di wajahnya, wanita terbabit tetap kelihatan tenang dalam pertemuan itu.

Katanya, penduduk kawasan terbabit bukan sahaja menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat malah pihak lain untuk meminta bantuan.

“Bomba kami call, JPAM kami call, even Kem Sungai Besi kami call. Buletin Utama punya penerbit TV3 pun kami call.

“Masing-masing menolong untuk mendapatkan bantuan kepada kami yang terperangkap dalam rumah seramai 30 orang. Tiada satu pun agensi kerajaan yang datang menolong kami,” katanya.

Beliau turut kecewa apabila bantuan daripada agensi kerajaan hanya tiba sebaik paras air mula surut.

“Kenapa agensi kerajaan datang pada masa air yang sudah surut? Pada masa keadaan kritikal, air sudah sampai tahap bumbung rumah, tiada sebarang agensi kerajaan datang menolong.

“Kecuali JPAM yang difahamkan saya hanya menghantar tiga bot dalam kawasan seluruh Hulu Langat.

“Sudah tentu Tan Sri, tiga bot tidak mencukupi untuk menolong semua warga Hulu Langat. This is common sense ‘kan Tan Sri? Di mana perginya tentera kita?” soalnya lagi.

Begitupun, wanita terbabit memberitahu, tentera ada membantu penduduk di kawasan itu ketika banjir pada 2014 walaupun paras air ketika itu tidak setinggi Ahad lalu.

“Air hanya dalam keadaan paras paha, tapi tentera ada menolong kami. (Tapi) dalam masa kami dalam keadaan kritikal, pada hari Ahad, tiada sebarang agensi datang menolong kami kecuali JPAM. Sunyi sepi.

“Sampai saya meminta bantuan daripada salah seorang sahabat saya, masuk dalam Twitter. Walaupun Istana Negara kita masuk minta bantuan,” katanya.

Difahamkan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kembali mempengerusikan MKN negeri itu bermula hari ini.

Ia susulan keputusan yang dibuat semasa mesyuarat MKN peringkat persekutuan di Putrajaya yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi semalam.

"Saya dihubungi MKN (persekutuan) untuk sekali lagi mempengerusikan MKN Selangor. 

"Saya akan segera bekerja dan meminta semua pihak termasuk pembangkang menyelaraskan proses pemulihan dari sekarang," kata Amirudin, seperti dipetik sebuah portal dalam talian semalam. - Getaran, 22 Disember 2021

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM

Semasa 15 jam yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Semasa 1 hari yang lalu

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi