web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Landa Sepang, Cub Prix Terpaksa Ditunda

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 5:50PM

Sesetengah pasukan terkandas kerana berdepan kesukaran untuk keluar daripada tempat penginapan. - Gambar dari Facebook Cub Prix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hujan lebat dan banjir kilat berterusan sejak petang semalam di Sepang menyebabkan acara Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia yang sepatutnya berlangsung pagi tadi, ditangguhkan.

Menurut Pengarah Urusan Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd, Ron Hogg, banyak pasukan permotoran yang sudah bermalam di kawasan terjejas banjir, berdepan kesukaran untuk keluar daripada tempat mereka menginap kerana jalan telah ditutup.

“Kami sudah memaklumkan kepada semua pasukan yang terlibat untuk berpindah ke hotel lain kerana jalan banyak ditutup apabila air mencecah paras membimbangkan.

“Mana-mana pasukan permotoran yang terkandas dan tidak dapat keluar daripada kawasan banjir, kami sebagai penganjur telah berusaha untuk menyediakan pengangkutan lain bagi memastikan semuanya selamat,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Ron berkata, ini merupakan kali pertama beliau berdepan banjir teruk sepanjang menganjurkan sukan berkenaan di sekitar Sepang.

“Sepanjang pengalaman saya menganjurkan sukan pemotoran Cub Prix, ini merupakan kali pertama banjir teruk di sekitar kawasan Sepang,” jelas Ron Hogg ketika dihubungi Getaran.

Mengulas lanjut beliau berkata, mereka sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya hujan lebat masih berterusan, termasuk menanggung kos kerugian jika acara tersebut terpaksa dibatalkan.

“Kejuaraan Petronas Cub Prix pusingan 10 pada kali ini merupakan pusingan terakhir, selepas diadakan selama dua hari bermula pagi tadi hingga esok,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim berkata, hujan lebat sejak petang semalam hingga awal pagi tadi menyebabkan air Sungai Langat melimpah ke kawasan perumahan. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 minit yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad