web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Landa 5 Negeri, 1,766 Mangsa Terlibat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 12:32PM

2 anggota Bomba membantu seorang warga emas untuk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumahnya di Pulau Indah, Selangor, dinaiki air. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,766 mangsa di lima negeri terlibat dengan banjir setakat jam 8 pagi tadi, lapor Agensi Pengurusan  Bencana Negara (NADMA).

Jurucakap NADMA berkata, kesemua mereka terdiri daripada 428 keluarga di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.

Menurut beliau, sehingga kini terdapat 46 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan di 12 daerah terlibat.

"Pahang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 844 dari 221 keluarga, justeru sebanyak  29 PPS disediakan di empat daerah yang terjejas. 

"Di Kelantan pula, seramai 794 mangsa banjir melibatkan 174 keluarga di empat daerah telah dipindahkan ke 11 PPS yang berdekatan," katanya hari ini.

Anggota Bomba dari Pelabuhan Klang membantu penduduk di Jalan Sidang Mohd Nor, Kampung Sungai Pinang di Pulau Indah, yang terkandas untuk dipindahkan ke PPS. - Gambar Alif Omar
Anggota Bomba dari Pelabuhan Klang membantu penduduk di Jalan Sidang Mohd Nor, Kampung Sungai Pinang di Pulau Indah, yang terkandas untuk dipindahkan ke PPS. - Gambar Alif Omar

Jurucakap itu memberitahu, bencana sama turut menimpa 66 penduduk di Terengganu yang telah dihantar ke dua pusat pemindahan, manakala Melaka pula pula mencatatkan seramai 40 mangsa dari 11 keluarga, kesemuanya ditempatkan di sebuah PPS.

“Di Selangor pula, seramai 22 mangsa banjir melibatkan lapan keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat PPS dalam daerah yang sama," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, NADMA turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada kerana hujan dijangka terus melanda beberapa negeri seperti  Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Negeri Sembilan.

"Cuaca buruk pula dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu sehingga hari ini, manakala daerah Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan bakal berdepan hujan lebat berterusan sepanjang hari," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, bencana banjir yang berlaku ketika pandemik sudah pasti  memberikan cabaran tersendiri kepada mangsa dan agensi terbabit.

Katanya, amalan norma baharu perlu dipraktikkan sepanjang masa, bermula daripada proses menyelamat dan memindahkan mangsa hingga mereka selamat ditempatkan di PPS. 

"Mangsa banjir akan disaring terlebih dahulu untuk sebarang gejala dan penilaian risiko COVID-19 sebelum dibenarkan masuk ke PPS. 

"Mereka yang bergejala diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 untuk mengelakkan berlakunya kejadian kluster COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di PPS," katanya. - Getaran, 18 Disember 2021.

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar