web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: 3 PPS Dibuka Di Klang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 8:15AM

3 PPS telah dibuka di daerah Klang selepas beberapa kawasan dinaiki air ekoran hujan lebat sejak semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Klang susulan beberapa kawasan penempatan penduduk khususnya di Pelabuhan Klang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak 2 petang semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi berkata setakat 10 malam tadi, PPS yang dibuka adalah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek, SRA Pulsu Indah dan Sekolah Kebangsaan Telok Gong yang melibatkan 113 orang mangsa.

“Antara kawasan di Klang yang dinaiki air setinggi satu meter adalah di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Pelabuhan Klang yang membabitkan 106 orang mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya giat menjalankan kerja-kerja menyelamat dan membawa mangsa-mangsa yang dikhuatiri masih berada di kawasan dinaiki air itu.

Sementara itu, di daerah Kuala Langat setakat 7 petang semalam, bomba turut menyelamat sebuah keluarga terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia sekitar 60-an dan empat orang kanak-kanak berusia lingkungan empat dan lima tahun susulan kawasan rumah mereka di Jalan Nangka, Banting dinaiki air pada kedalaman satu meter.

“Kesemua mereka telah berjaya dibawa ke tempat selamat dan menunggu untuk dibawa ke PPS.

“Kita juga berjaya menyelamat satu lagi keluarga di sebuah rumah di Jalan Perepat, Taman Dato Hormat, Telok Panglima Garang susulan air naik pada kedalaman satu meter terdiri daripada dua wanita berusia 30-an dan seorang lelaki sekitar 50-an.

“Mereka ini telah dihantar ke PPS di Dewan Telok Panglima Garang,” katanya yang menjelaskan paras air di kawasan berkenaan setakat 10 malam tadi juga sudah mula surut. - Bernama

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

3

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

5

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

6

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad