web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mata Wang Kripto Tidak Sah Digunakan Untuk Urusan Perniagaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 6:23PM

Siling cenderamata yang menggambarkan bitcoin di Caracas pada 17 September 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia dan dianggap sebagai mata wang yang tidak sah untuk digunakan dalam urusan perniagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa.

Menurut Yamani Hafez lagi, Bank Negara Malaysia (BNM) juga tidak mengawal mata wang kripto berkenaan kerana dianggap tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan mata wang tersebut tidak menunjukkan ciri universal wang.

"Secara umumnya, mata wang kripto bukan penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik.

“Ia disebabkan keadaan mata wang kripto yang terdedah kepada turun naik harga yang tidak menentu dan pendedahan kepada ancaman siber dan kekurangan daripada segi boleh skala," katanya ketika menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) berkenaan penggunaan mata wang kripto dalam urus niaga harian di Dewan Rakyat hari ini.

Menarik perhatian, beliau berkata, walaupun mata wang kripto tidak diiktiraf di Malaysia pada ketika ini, pihak BNM serta bank pusat di beberapa negara lain sedang mengkaji kewajaran mengeluarkan Matawang Digital Bank Pusat (CBDC).

Ujarnya lagi, landskap pembayaran dan mata wang kripto yang cepat berubah telah mendorong bank-bank pusat untuk menilai kewajaran mengeluarkan CBDC.

"Pada masa ini, BNM belum memutuskan bagi mengeluarkan CBDC dalam masa terdekat.

"CBDC adalah instrumen pembayaran digital yang dikeluarkan oleh bank pusat dan sedang diteroka dan dikaji oleh pelbagai bank pusat di dunia,” katanya.

"Di Malaysia, sistem pembayaran domestik, termasuk Platform Pembayaran Runcit Masa Nyata (RPP) terus beroperasi dengan selamat dan cekap untuk menyokong keperluan ekonomi, sekali gus membolehkan pembayaran digital masa nyata,” katanya

Semetara itu, Yamani Hafez berkata antara inisiatif kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia terutamanya belia tidak ketinggalan untuk memahami teknologi blockchain adalah penganjuran Persidangan tahunan FinTech SCxSC (SCxSC) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) selama lapan tahun, sejak 2014.

“Pada tahun ini, persidangan SCxSC telah diadakan pada 26 hingga 28 Okt 2021. Daripada keseluruhan yang hadir, 60 peratus adalah kumpulan belia berumur 35 tahun ke bawah,” katanya.

Malah Yamani Hafez turut memaklumkan, kegunaan teknologi blockchain amat luas dan boleh memanfaatkan pelbagai industri, misalnya boleh menyimpan rekod penting dengan selamat dan digunakan untuk mematenkan dan menjejak harta intelek dalam perniagaan dan pelbagai kontrak undang-undang. - Getaran, 15 Disember 2021.

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar