Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PERHILITAN Digesa Kemuka Laporan Terperinci, Telus Kes Harimau Kumbang 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 3:30PM

Seekor harimau kumbang ditembak mati selepas dipercayai menyerang seorang anggota Perhilitan di Sungai Siput, baru-baru ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) digesa mengemukakan laporan terperinci dan telus berhubung tindakan menembak mati seekor harimau kumbang, baru-baru ini bagi membolehkan situasi sebenar kejadian diketahui.

Menurut Jurucakap Persatuan Pencinta Haiwan, Zulkarnain Abd Aziz, laporan itu perlu merangkumi penjelasan mengapa haiwan terbabit bertindak ganas mahu menyerang anggotanya, selepas terlebih dahulu didakwa bergelut dengan seorang remaja Orang Asli.

“PERHILITAN perlu beri laporan mengenai tindakan menembak harimau kumbang ini secara telus, kita nak pandangan agensi  kenapa harimau kumbang itu cedera dan apa pandangan keseluruhan mereka mengenai kejadian.

“Kita nak tahu siapa yang serang siapa dulu, sama ada harimau kumbang ini serang remaja dan anggota agensi itu dahulu atau sebaliknya, kena perincikan, malah perlu dinyatakan adakah berbaloi hukuman (tembakan) dikenakan  kepada haiwan terbabit,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menerusi laporan media, harimau kumbang jantan berkenaan sedang dijejaki PERHILITAN untuk ditangkap, selepas didakwa menyerang dan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang remaja lelaki Orang Asli di Kampung Kelatap dekat Pos Pewor, Lasah, Sungai Siput, Perak.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 18 tahun cedera dengan kesan koyakan di kepala dan lengan selepas diserang, dipercayai ketika mencari kayu.

Ketika usaha menjejaki dan menangkap dijalankan PERHILITAN, haiwan dilindungi itu dikatakan cuba menyerang seorang anggota agensi terbabit, yang kemudian melepaskan tembakan menggunakan senapang berisi peluru hidup untuk melindungi keselamatan diri, sekali gus membunuh harimau kumbang tersebut.

Hasil penelitian pada bangkai harimau kumbang itu mendapati, terdapat banyak kesan kecederaan dipercayai kesan tetakan parang di kepala dan paha, akibat bergelut dengan remaja terbabit.

Zulkarnain berkata, menerusi kenyataan dan laporan media diberikan PERHILITAN sebelum ini, masih tidak diperincikan pihak mana yang bertindak menyerang dahulu.

Katanya, mereka juga tertanya-tanya adakah benar tanggapan bahawa harimau kumbang terbabit terlebih dahulu bertindak menyerang individu berkenaan, sekiranya tidak diganggu.

Beliau berkata, kebiasaannya haiwan itu tidak akan menyerang seseorang jika tidak merasa terancam dan lazimnya akan menjauhkan diri apabila didekati mana-mana individu.

“Itu saya minta laporan terperinci kerana setakat ini kita rasa tindakan anggota PERHILITAN menembak mati harimau kumbang terbabit tak wajar sebab kita anggap harimau itu macam ada ‘second chance’ (peluang kedua).

“Tambahan, pada saya selama bertahun-tahun ini, tak ada kes harimau kumbang menyerang orang. Jika memang kerap berlaku, contoh bulan lepas ada kes, bulan ini ada kes, itu mungkin logik pakai peluru hidup, tetapi benda ini bukan selalu berlaku, jadi saya memang tak setujulah guna peluru hidup,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, sepatutnya PERHILITAN menggunakan pendekatan ubat pelali dalam ‘menumbangkan’ haiwan yang sememangnya sudah tercedera itu.

Kemudian, jelasnya, pihak agensi itu perlu memberikan rawatan sebaiknya dan sebaik sembuh, haiwan terbabit perlu dilepaskan di habitat baharu serta kawasan yang tidak dihuni Orang Asli.

Ditanya mengenai dakwaan harimau kumbang berada di ambang kepupusan dan dikategorikan sebagai ‘spesis terancam’, Zulkarnain berkata jumlah haiwan itu sememangnya sangat sedikit ketika ini.

“Kalau boleh, kita nak PERHILITAN bagi satu laporan untuk memberitahu berapa harimau itu yang ada ketika ini. Jika agensi berkenaan tak tahu maksudnya mereka tidak prihatin kerana sepatutnya mesti tahu, terutama membabitkan haiwan hampir pupus.

“Patut agensi ini tahu berapa ekor ada dan di kawasan mana, justeru pihak terbabit patut bagi perincian itu yang menunjukkan mereka bekerja, bukan mengambil tindakan hanya berdasarkan laporan diterima daripada orang ramai,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2021

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Semasa 1 hari yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun