web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagi Sindiket Penipuan Dalam Talian Tumpas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 8:36AM

3 individu ditahan disyaki terlibat dalam sindiket penipuan atas talian di Kuchai Maju, semalam. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket penipuan atas talian membabitkan kegiatan memantau keputusan bola sepak yang didalangi warga tempatan tumpas selepas tiga ahlinya ditahan di Jalan Kuchai Maju.

Dalam serbuan pada Isnin lalu itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dibantu dengan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields menyerbu satu unit kediaman di lokasi terbabit.

Hasil serbuan itu, tiga lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan atas talian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abd Shukor, berkata ketiga-tiga suspek berperanan sebagai operator yang memantau keputusan bola sepak.

Menurutnya, keputusan itu dipantau menggunakan laman web dataservices.betgenius.com dan bo.xm33.m8manage.com.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak Ogos 2020 dengan menyasarkan warga tempatan sebagai mangsa mereka.

“Suspek akan menggunakan media sosial terutamanya aplikasi Wechat untuk mendapatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga unit komputer riba, tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, modem wifi dan buku nota yang mengandungi pelbagai butiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Amihizam menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu yang menawarkan pelaburan tidak jelas.

Beliau juga menasihatkan supaya orang awam membuat semakan terlebih dulu dengan agensi berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Jangan mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.

“Lakukan semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web http://ccid.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi serta laporkan kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika anda mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar