web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Loji Eksport Ayam Di Thailand, China Diiktiraf JAKIM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 5:38PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan terdapat 11 loji ayam di Thailand dan China yang diluluskan untuk mengeksport produk ayam ke negara ini.

Jurucakap JPV memaklumkan, sembilan loji ayam di Thailand dan dua lagi di China yang disenaraikan di laman sesawang jabatan itu masih sah untuk mengeksport daging ayam dan keratan ayam ke Malaysia.

Katanya, Badan Pengesahan Halal Luar Negara yang mengawal selia aktiviti penyembelihan halal di loji ayam Thailand (The Central Islamic Council of Thailand) dan di China (Shandong Halal Certification Services) juga masih memiliki tempoh sah pengiktirafan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga 31 Disember 2023.

“Senarai loji di laman sesawang JPV dikemaskini dari semasa ke semasa dan loji yang didapati tidak mematuhi syarat import ditetapkan kerajaan ini akan digantung kelulusan eksport.

“Notifikasi penggantungan akan dipaparkan pada nama loji tersebut di laman sesawang JPV untuk makluman pihak-pihak berkepentingan,” katanya hari ini.

Penjelasan itu sebagai merujuk video seorang penceramah bebas yang tular di media sosial, mendakwa loji ayam di Thailand dan China telah tamat tempoh dan tidak halal.

Menurut JPV, pihaknya memandang serius penularan video berkenaan.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya merujuk dengan jabatan itu untuk mendapat maklumat sahih sebelum membuat hebahan di media sosial bagi mengelak sebarang spekulasi,” katanya. - Getaran, 8 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad