Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Diarah Kosongkan Kediaman, Penghuni Warga Emas Risau Untung Nasib

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 3:41PM

Kawasan Flat Jalan Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur ini difahamkan akan dimajukan bagi pembinaan perumahan komersial. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Kami sudah di akhir usia, mana kami nak duduk jika terpaksa keluar dari sini,” luah seorang penduduk Flat Jalan Sungai Baru, Kampung Baru, Mohd Yusop Suli.

Dia yang kini berusia 72 tahun terkejut apabila menerima notis pengosongan kediaman dalam masa 14 hari, selepas rumah pusaka ibunya itu dijual adiknya kepada pemaju tanpa pengetahuannya.

Mohd Yusop Suli menunjukkan notis pengosongan kediaman dalam masa 14 hari.
Mohd Yusop Suli menunjukkan notis pengosongan kediaman dalam masa 14 hari.

Menurut Mohd Yusop, dia sudah menetap di rumah terbabit sejak puluhan tahun lalu malah menjadi ‘penjaga’ kediaman itu selepas kematian ibu mereka beberapa tahun sebelumnya.

“Saya yang bayar rumah ini namun pemiliknya adalah adik saya. Kami tidak pernah dimaklumkan bahawa dia menjual rumah ini sehinggalah menerima notis pengosongan ini pertengahan bulan lalu.

"Bagaimana saya dan isteri hendak cari rumah dalam masa singkat sedangkan pendapatan bulanan kami hanyalah sebanyak RM450. Itu pun pemberian Baitulmal,” katanya ketika ditemui Getaran, hari ini.

Zalaha Yusof (kanan) menetap di situ bersama keluarganya sejak 55 tahun lalu.
Zalaha Yusof (kanan) menetap di situ bersama keluarganya sejak 55 tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Zalaha Yusof, 63, berkata dia dan keluarganya sudah menetap di rumah itu sejak 55 tahun lalu dan ia adalah harta peninggalan ayah dan ibunya.

“Saya ditawarkan sebanyak lebih kurang RM200,000 sahaja untuk keluar dari rumah ini. Dengan keadaan kami sekeluarga yang sudah berusia ia menjadi masalah untuk berpindah.

“Walaupun rumah kami ini kecil, namun lokasi ini sangat strategik kerana dekat dengan hospital dan sebagainya. Jika terpaksa keluar kami tak akan dapat lagi lokasi sebegini,” katanya.

Seramai 110 daripada 344 penduduk membantah pembangunan di kawasan berkenaan.
Seramai 110 daripada 344 penduduk membantah pembangunan di kawasan berkenaan.

Menurutnya lagi, dia juga tidak diberi jaminan untuk boleh kembali menetap di Kampung Baru selepas pembangunan selesai kelak.

“Mereka (pemaju) kata kami boleh kembali ke sini selepas pembangunan selesai tapi itu cuma janji lisan, tak ada hitam putih.

“Saya tak mahu begitu, jika tiba-tiba mereka ubah fikiran, takkan kami hendak merempat selama-lamanya,” katanya.

Penduduk di kawasan ini diberikan notis selama 14 hari untuk berpindah.
Penduduk di kawasan ini diberikan notis selama 14 hari untuk berpindah.

Getaran difahamkan, kawasan flat terbabit bakal dimajukan bagi membina perumahan komersial namun terdapat 110 pemilik daripada 344 penduduk membantah pembangunan tersebut.

Mereka enggan menandatangani sebarang dokumen daripada pihak pemaju disebabkan pampasan ditawarkan tidak setimpal dengan lokasi kediaman tersebut. - Getaran, 4 Disember 2021

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 53 minit yang lalu

Kanak-kanak 2 Tahun Lemas Dalam Tasik Berhampiran Masjid

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Situasi Di Asia Barat: Malaysia Gesa Semua Pihak Cari Jalan Penyelesaian Diplomatik

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam