web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sejuta Rakyat Malaysia 'Borak' Tentang Cuti Di Twitter, Tahun Lepas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 3:19PM

Pulau Perhentian - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menyaksikan hampir satu juta perbualan berkaitan percutian menerusi Twitter tahun lalu dan perbualan tersebut bermula sekitar Oktober, dua bulan lebih awal daripada musim percutian sebenar.

Pengarah Penyelidikan Asia Pasifik dan Eksport Global Twitter, Martyn U'ren berkata berdasarkan kajian Twitter Asia Tenggara, faktor mencetuskan perbualan itu adalah tawaran promosi akhir tahun daripada pelbagai jenama, penerbitan media bertemakan Krismas melibatkan selebriti dan saluran televisyen serta jangkaan tahun depan. 

"Semangat musim percutian tidak pernah redup di Twitter, bahkan perbualan tersebut semakin banyak dan meriah.

"Ini adalah cara untuk orang ramai merancang apa yang mereka perlukan untuk membeli atau melakukan pelbagai persiapan sepanjang musim percutian," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. 

Selain itu, U'ren berkata kajian juga mendapati lebih 8 juta perbualan berkaitan percutian dan membeli-belah berlangsung di Twitter menjelang musim percutian hujung tahun ini di seluruh Asia Tenggara.

Menurut U'ren perbualan merangkumi pelbagai topik daripada ulasan pelanggan, soalan tentang pembelian barang dan Tweet lain yang menunjukkan kenapa Twitter menjadi tempat sesuai untuk orang ramai dan jenama mengetahui serta menyertai #WhatsHappening sekitar musim percutian.

Beliau berkata walaupun perintah kawalan pergerakan telah dilonggarkan, rakyat Malaysia masih memilih untuk berbelanja secara dalam talian dan ramai yang menggunakan Twitter bagi mencari inspirasi.

"Di Malaysia perbualan mengenai membeli-belah dan aktiviti akhir tahun menerusi Twitter bermula pada Oktober, berterusan sepanjang sambutan Krismas dan tahun baharu sehingga Tahun Baharu Cina pada Februari. 

"Jenama-jenama boleh menggunakan maklumat Twitter dalam merancang kempen lebih awal dan untuk berhubung dengan orang ramai yang mereka sasarkan,” kata U'ren. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad