Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Royalti Minyak Tiada Kaitan Dengan Perairan Wilayah Kelantan - Zaid Ibrahim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 8:25PM

Mohd Zaid Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bayaran royalti minyak sebenarnya bergantung kepada perjanjian di antara kerajaan Persekutuan dan negeri Kelantan, tanpa sama sekali melibatkan perairan wilayah seperti yang dizahirkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, apabila Kelantan memberi hak kepada PETRONAS bagi pembangunan petroleum, perjanjian tersebut melayakkan negeri itu mendapat bayaran lima peratus daripada hasil minyak.

“Royalti tiada kena mengena dengan berapa kilometer, berapa batu nautika, sama ada ia dalam perairan wilayah, walaupun Akta (Kemajuan Petroleum 1974) menyebut 12 batu nautika dari Kelantan, Terengganu dan sebagainya.

“Bila (Tengku Zafrul) menyatakan Kelantan tiada hak, itu merupakan cerita karut. Sabah dan Sarawak masih mendapat royalti dari telaga minyak di luar tiga batu nautika. Jadi, ia tidak ada kena mengena (dengan perairan wilayah),” katanya menerusi video yang disiarkan di Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 25 November lalu memaklumkan PETRONAS tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Menurut beliau, ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Namun, Menteri Kewangan itu berkata, Kerajaan akan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan, memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri Kelantan.

Sementara itu, Mohd Zaid turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS yang sebelum ini menyaman kerajaan Persekutuan berhubung royalti minyak namun digugurkan selepas berpuas hati menerima RM600 juta.

“Menteri-menteri UMNO pun apa kurangnya. Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa kata beliau cemburu dengan kemajuan Sarawak.

“Dia tak perlu rasa cemburu. Beliau perlu rasa Kelantan telah diperbodohkan, dipermainkan dan beliau harus menuntut pembelaan hak (rakyat Kelantan) yang sebenar,” katanya.

Zaid berkata, bajet RM600 juta setahun buat Kelantan tidak cukup untuk membayar gaji kakitangan awamnya, malah beliau turut mempersoalkan bagaimana negeri berkenaan boleh berkembang maju tanpa wang yang mencukupi.

“Sumber yang ada hanyalah pada minyak. Itu hak kita. Maka saya haraplah orang Kelantan, jangan diperbodohkan. Biarlah kita bersatu dan tuntut hak. Inilah satu-satunya sumber untuk kita mengatasi kemiskinan yang ada di Kelantan,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan menzahirkan rasa kecewa apabila Putrajaya mengesahkan bahawa PETRONAS tidak akan membayar sebarang royalti minyak kepada negeri tersebut.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau terkejut dengan kenyataan itu kerana kerajaan negeri sememangnya mengharapkan royalti minyak daripada kerajaan Persekutuan – Getaran, 29 November 2021.

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 4 jam yang lalu

NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis