web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johor Pinda Umur Calon Kepada 18 Tahun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 3:35PM

Hasni Mohammad (kiri) dan ADUN Gambir, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbincang sesuatu dengan ahli dewan yang lain ketika sesi rehat pada penggulungan Belanjawan Johor 2022, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Satu sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan diadakan segera bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, berkaitan menurunkan umur calon bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada pilihan raya akan datang.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri diminta mengambil tindakan berhubung pelaksanaan umur minimum calon 18 tahun, bagi kerusi DUN selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603].

“Amat wajar bagi maksud mematuhi Perlembagaan Persekutuan, dan untuk keseragaman syarat kelayakan menjadi calon bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN, pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 untuk menurunkan umur minimum calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun, dilaksanakan.

“Untuk tujuan itu, satu Sidang Khas DUN Johor akan diadakan seberapa segera bagi meminda Fasal 16 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 bagi DUN selaras dengan Pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika ucapan penggulungan Belanjawan Johor 2022 pada hari terakhir Persidangan Keempat DUN Johor ke-14, di sini hari ini.

Beliau berkata justeru itu, sekiranya terdapat sesuatu pilihan raya melibatkan kerusi Dewan Rakyat, maka calon yang telah mencapai umur kelayakan 18 tahun boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan. 

Bagaimanapun, Hasni (BN-Benut) berkata sekiranya sesuatu pilihan raya itu melibatkan kerusi DUN, maka calon yang berumur 18 tahun masih belum boleh bertanding, sehingga pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dipinda dan dikuatkuasakan.

“Jika Kerajaan Persekutuan meminda peruntukan-peruntukan perlu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan pindaan tersebut dipatuhi,” katanya.

Pada 24 November lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing, bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

Ismail Sabri berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) ke-137 pada 23 November. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad