web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Turun Harga Tiket Ke Sarawak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 7:47PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Berhad menurunkan harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching daripada kira-kira RM1,000 kepada kurang RM200 sehala, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat.

Menurut Riad, penurunan harga tersebut susulan penambahan kekerapan penerbangan ke Sarawak.

''AirAsia sentiasa berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan sudah beberapa kali menyerahkan permohonan untuk menambah kekerapan penerbangan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak sejak awal tahun ini,'' katanya hari ini.

Menurut beliau, permohonan terakhir yang dikemukakan minggu lalu meliputi tambahan penerbangan bagi musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu Cina.

''AirAsia telah menerima kelulusan rasmi daripada MOTS dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) hari ini untuk tambahan 42 penerbangan mingguan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak bagi tempoh terhad dari 11 Disember hingga 5 Januari 2022.

''Ini secara langsung menurunkan harga tiket Kuala Lumpur-Kuching daripada sekitar RM1,000 sebelumnya kepada kurang RM200 sehala dan ia sudah pun hampir habis terjual sebaik tempahan dibuka,” katanya.

Sementara itu, Riad juga memaklumkan, kekerapan penerbangan yang terhad adalah faktor utama harga tiket melonjak, kerana syarikat memerlukan jumlah tempahan pada skala besar untuk membolehkan penumpang menikmati tambang rendah seperti selalu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kelulusan terbaru itu dan merayu MOTS serta SDMC meluluskan permohonan penerbangan tambahan untuk Tahun Baharu Cina, sekali gus menghapuskan sepenuhnya sekatan ke atas kekerapan penerbangan.

''Model penetapan harga AirAsia berdasarkan permintaan dan penawaran dan ia serupa dengan model yang diguna pakai syarikat penerbangan lain di seluruh dunia.

''Pematuhan terhadap kekerapan penerbangan oleh SDMC menyebabkan pengurangan inventori tiket penerbangan yang ditawarkan, dan seterusnya menyebabkan mekanisme penetapan harga dinamik kami menghasilkan harga tinggi apabila tiket pada harga rendah habis terjual," katanya.

Kelulusan terbaru daripada MOTS jelasnya, hanya membenarkan mereka mengendalikan lima penerbangan harian bagi laluan tersebut, iaitu pengurangan sebanyak 67 peratus.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini dipetik sebagai berkata, semua syarikat penerbangan tempatan perlu menurunkan harga tiket, khususnya bagi penerbangan ke Sarawak yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Jelasnya, penurunan tambang tersebut perlu dilaksanakan tanpa perlu melibatkan campur tangan kerajaan secara berlebihan. - Getaran, 27 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad