web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ustaz Dakwa Mandi Safar 'Tolak Bala’ Akan Dipanggil JAKIM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 5:48PM

Ahmad Marzuk Shaary - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil seorang ustaz dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan berhubung pandangannya mengenai amalan mandi Safar sebagai usaha menolak bala.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata amalan itu tidak tepat kerana perbuatan berkenaan dianggap sebagai khurafat.

“Perkara itu sudah disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim bahawa tidak ada kesialan dalam bulan Safar.

“Ini antara amalan jahiliah yang kita kena buang dan ubah masyarakat kita supaya tidak menganggap bulan Safar sebagai bulan sial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 18 keluarga mangsa kebakaran di Kota Bharu, hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, seorang ustaz dilaporkan berkata, amalan mandi Safar dibuat pada Rabu terakhir bulan berkenaan sebagai usaha menolak bala, sehingga kenyataan dikeluarkan beliau ketika satu sesi kuliah itu, tular di media sosial.

Ahmad Marzuk berkata, JAKIM sudah mengarahkan Jabatan Agama Negeri (JAIN) supaya memantau kuliah agama pemegang tauliah itu yang bebas mengajar di masjid dan disiarkan menerusi media sosial.

“Pihak kita sudah mengadakan perbincangan secara dalaman terhadap apa sahaja isu tular dan kita memohon pihak berkuasa agama meneliti isi kandungan penceramah.

“Jika masyarakat kita cuba menghidupkan kembali amalan mandi Safar ini, seolah-olah ia kembalikan kepada zaman jahiliah,” katanya. - Getaran, 27 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad