web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Penerbangan Perlu Turun Harga Tiket - Wee Ka Siong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 4:18PM

Kementerian Pengangkutan telah mengadakan mesyuarat dengan Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo bagi membincangkan keperluan menurunkan harga tambang penerbangan. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua syarikat penerbangan tempatan digesa menurunkan harga tiket, khususnya bagi penerbangan ke Sarawak yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penurunan tambang tersebut perlu dilaksanakan tanpa perlu melibatkan campur tangan kerajaan secara berlebihan.

“Secara khususnya, banyak pihal melahirkan rasa marah terhadap harga tambang penerbangan ke Sarawak yang amat tinggi, lebih-lebih lagi menjelang cuti hujung tahun dan awal 2022.

“Situasi ini memberi kesan kepada orang ramai, daripada pengembara hinggalah kepada anak rantau yang merindui keluarga setelah sekian lama terpisah akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kementeriannya telah mengadakan mesyuarat dengan Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo bagi membincangkan keperluan menurunkan harga tambang penerbangan, untuk membolehkan penumpang menikmati kadar harga rendah menjelang akhir tahun.

“Sejurus pertemuan ini, Malaysia Airlines berjanji untuk menambah penerbangan ke Sarawak dan mengurangkan harga tambang ke Sarawak pada Disember.

“Mavcom (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga bersedia untuk meluluskan lebih banyak kekerapan penerbangan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ka Siong turut  mengingatkan pemain industri agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikan harga tambang bagi menampung kerugian yang dialami sebelum ini.

“Di peringkat negeri Sarawak, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan bagi mencari jalan penyelesaian, dengan mengambil kira usaha berterusan dalam membendung penularan Covid-19 di seluruh negara,” katanya.

Jelas Ka Siong, pihaknya juga telah berhubung dengan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin, untuk meminta kerajaan negeri mengembalikan operasi mengawal selia frekuensi perkhidmatan penumpang udara kepada Mavcom.

“MOT (Kementerian Pengangkutan) memahami keperluan Sarawak untuk membendung COVID-19, justeru kerajaan negeri dan agensi berkaitan mesti memainkan peranan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan serta permintaan bergerak seimbang, selain membenarkan syarikat penerbangan meningkatkan frekuensi perkhidmatan mereka berdasarkan pengoperasian yang dipacu oleh pasaran,” ujarnya

Baru-baru ini,  beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sarawak melahirkan kekesalan berhubung harga tambang dan kekerapan penerbangan ke Bumi Kenyalang itu yang disifatkan tidak masuk akal kerana terlalu mahal. - Getaran, 27 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad