web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Airlines Tambah Penerbangan Ke Sarawak Mulai 11 Disember Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 8:10AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk mengendalikan penerbangan tambahan ke negeri itu antara 11 Disember ini dan 5 Januari tahun depan.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya, berkata bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching, pertambahan daripada 21 penerbangan seminggu kepada 35, bagi laluan Kuala Lumpur-Bintulu, Kuala Lumpur-Miri dan Kuala Lumpur-Sibu daripada tujuh penerbangan seminggu kepada 14.

''Memandangkan pihak syarikat penerbangan melaksanakan harga dinamik berdasarkan permintaan dan penawaran, kadar tambang mungkin berbeza bergantung pada tarikh, masa dan kekosongan tempat duduk. Apabila lebih banyak kapasiti tersedia di pasaran, dengan sendirinya tambang akan turun.

''Malaysia Airlines akan sentiasa menyelaraskan kapasiti atau kekerapan sebagaimana dinasihatkan oleh JPBN. Pelanggan juga digalakkan menempah penerbangan lebih awal bagi mendapatkan kadar tambang lebih rendah,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu sejak 1 November lepas, syarikat penerbangan tersebut beroperasi dengan perkhidmatan terhad iaitu sebanyak 21 penerbangan seminggu ke Kuching sebagaimana diluluskan oleh JPBN, berbanding 63 penerbangan seminggu pada Disember 2019 sebelum penularan COVID-19.

Katanya, pada minggu ke 22, November lepas, tempahan penerbangan mencapai nisbah muatan antara 98 peratus hingga 100 peratus untuk tempoh musim cuti akan datang.

Malaysia Airlines menyatakan bagi tempoh perjalanan pada Disember, ia mengenakan tambang purata RM350 sehala dari Kuala Lumpur ke Kuching bermula Oktober lalu.

Syarikat penerbangan itu juga memperkenalkan tambang promosi RM109 sehala bermula 10 hingga 31 Oktober lepas bagi tempoh perjalanan Oktober 2021 hingga 21 April 2022. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad