web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilang Roti Ada Najis Tikus Diarah Tutup 2 Minggu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 4:42PM

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid ketika melakukan pemeriksaan di sebuah kilang roti di Jalan Kedah hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Sebuah kilang roti di Jalan Kedah di sini, diarahkan tutup bermula hari ini kerana didapati tidak mencapai piawaian di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan yang boleh menyebabkan pencemaran dan keracunan makanan.

Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) turut mendapati kilang roti yang beroperasi sejak 50 tahun lepas menggunakan logo halal yang mengelirukan dan peralatan membuat roti didapati ‘berkerak’.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata pemeriksaan mendapati pemilik kilang itu meletakkan roti siap dimasak di dalam kotak-kotak yang mempunyai tanda halal walaupun kilang itu tidak pernah memohon sijil halal daripada pihak berkuasa.

“Kilang roti itu pernah diberikan amaran tahun lepas kerana operasi mereka tidak menepati standard kebersihan yang ditetapkan dan pemiliknya diarahkan menutup selama dua minggu bermula hari ini.

"Kali ini menerusi pemeriksaan dan serbuan hari ini, kami mendapati ada sisa najis tikus di atas plastik bungkusan roti dan terdapat sisa minyak tepu di atas rak pembakar roti. Situasi ini amat membimbangkan kerana kemungkinan berlaku pencemaran terhadap roti yang dijual kepada pelanggan.

"Malah, pemilik kilang itu turut menggunakan kotak yang mempunyai logo halal sedangkan tidak pernah memohonnya, tindakan tersebut mengelirukan pengguna kerana menyangka ia halal dan pasaran roti dari kilang tersebut di sekitar negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Ops Bersih itu hari ini.

Sementara itu, Mohd Wazir berkata dalam operasi sama pihaknya turut mengarahkan sebuah kedai pembuatan mi yang beroperasi sejak 80 tahun lepas di Jalan Pintal Tali di sini ditutup kerana pelbagai isu membabitkan keselamatan dan kebersihan makanan.

Katanya, kedai mi berkenaan turut diarah tutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih serta tidak menepati tahap keselamatan makanan yang ditetapkan oleh JKNPP.

"Kami pernah menyerbu kedai ini juga pada tahun lepas dan memberi amaran supaya mereka meningkatkan mutu kebersihan namun ia tidak diikuti. Dalam pemeriksaan hari ini mendapati pemiliknya meletakkan makanan yang telah siap diproses di atas lantai malah produknya juga tidak mempunyai label," katanya.

Beliau berkata arahan penutupan kedua-dua premis itu dibuat menurut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pihaknya turut mengeluarkan tiga kompaun berjumlah hampir RM3,000 ke atas kilang roti dan kedai pembuatan mi tersebut. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad