web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Ditahan Dipercayai Lakukan Amang Seksual

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 6:26PM

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohammad Ismail Jamaluddin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis susulan laporan seorang remaja lelaki yang mendakwa dicabul dalam sebuah kereta di Kampung Teluk, dekat Bachok di sini.

Lelaki berkenaan yang juga peniaga ayam ditahan di rumahnya di Tawang pada jam 1 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan (DSP) Mohammad Ismail Jamaluddin berkata, kejadian amang seksual itu dilaporkan berlaku 26 Jun lalu ketika mangsa yang berusia 14 tahun berada bersama suspek dalam sebuah kereta.

Katanya, mangsa mendakwa suspek telah memasukkan tangan ke dalam seluar dan memegang kemaluannya sehingga dia terkejut.

“Lelaki itu kemudian membawa remaja berkenaan pulang ke rumah sebelum mangsa menceritakan kejadian terbabit kepada ibunya, namun mereka enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu membesarkan cerita.

“Namun semalam, suspek datang ke rumah mangsa di Kampung Kemayang pada jam 2 petang dan memberitahu, akan memfailkan saman malu sebanyak RM90,000 dan menafikan yang dia pernah mencabul sebelum ini,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Susulan insiden jelas Mohammad Ismail, berlaku pertengkaran mulut antara ibu mangsa dengan suspek, sebelum mangsa membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan mendapati mangsa masih bersekolah di Tingkatan Dua dan mengenali lelaki itu sejak dua tahun lalu sebelum dia dijadikan sebagai anak angkat oleh suspek,” katanya.

Beliau berkata, laporan polis itu lewat dibuat lambat kerana ibu mangsa pada awalnya tidak mahu membesarkan cerita, sebelum mengubah fikiran kerana ugutan saman yang dibuat suspek.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKKSTKK 2017) dan direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 27 November,” katanya. - Getaran, 21 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad