Berita Terkini

6 jam yang lalu: COVID: 7,246 kes sembuh dilapor hari ini, kumulatif kes pulih kini 2,551,253 - KP Kesihatan 6 jam yang lalu: COVID: 98.2 peratus atau 5,703 kes daripada 5,806 kes dilapor hari ini kategori satu dan dua - KP Kesihatan 6 jam yang lalu: Singapura mengesan dua kes import COVID-19 dengan ujian awal positif bagi varian Omicron - MOH 9 jam yang lalu: 6 pelajar MRSM Sultan Azlan Shah disah positif COVID-19 9 jam yang lalu: Datuk Lee Chong Wei dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan sempena Istiadat Konvokesyen Ke-58 USM

IKUTI KAMI


Bimbang Risiko Campuran Vaksin Antara Punca Ramai Tak Hadir Temu Janji

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 8:58PM

Warga emas merupakan antara keutamaan dalam pemberian vaksin dos penggalak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian dos penggalak menggunakan vaksin Corminaty keluaran Pfizer mula diberikan kepada petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan komorbid sejak 13 Oktober lalu.

Namun Rabu lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan, kira-kira 40 peratus individu yang menerima temu janji suntikan dos penggalak tidak hadir menerima suntikan itu.

Beliau berkata, jumlah kemasukan ke hospital akan meningkat sekiranya bilangan mereka yang menerima dos penggalak itu kekal rendah.

Ciapan tersebut menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen yang boleh dianggap antara faktor penyumbang kepada ketidakhadiran individu terbabit.

Rata-rata mereka meluahkan kebimbangan mengenai risiko dan kesan sampingan campuran dua vaksin.

“Ayah saya (dan rakan-rakannya) menolak temu janji itu kerana mereka bimbang mengenai campuran vaksin antara Sinovac dan Pfizer. Artikel WHO pada Julai lalu turut memberi amaran mengenainya,” kata Tan Wei Jie.

“Saya rasa anda tahu sebab utama ketidakhadiran itu. Penerima lengkap dua dos Sinovac tidak yakin dengan dos penggalak Pfizer. Sila berikan mereka dos penggalak Sinovac, anda akan lihat perbezaannya,” ciap pula Edward Chong.

“Kami tidak mahu campuran vaksin. Sila berikan kami dos penggalak Sinovac,” kata Moonsw23.

Malah, ada juga dalam kalangan penerima gagal menghadiri temu janji itu kerana tidak dimaklumkan lebih awal melalui aplikasi MySejahtera.

“Saya rasa sebahagian daripada mereka tidak dimaklumkan melalui MySJ. Sebagai contoh, isteri saya menerima panggilan temu janji dos penggalak ibunya pada sambutan Deepavali yang memaklumkan dia perlu hadir pada hari tersebut. Tiada notis awal. Mujurlah kami berada di sana untuk membawanya mengambil suntikan tersebut, jika tidak dia akan terlepas temu janji itu,” kata Sivanathan.

“Tiada pemberitahuan atau kesedaran mengenai dos penggalak, itulah sebabnya kadar tersebut rendah. Sila pastikan ada pemberitahuan untuk meminta mereka menyemak MySejahtera untuk dos penggalak. Jangan hanya hentam tapi siasat punca isu tersebut berlaku,” jelas seorang lagi pengguna, Gary Cheong.

MHakim pula berkata, MySejahtera perlu menambah baik sistem pemberitahuan, kerana pada ketika ini penerima dos penggalak yang majoritinya terdiri daripada warga emas tidak sedar dengan pemakluman diberikan.

"Ini kerana mereka tidak ingat cara menghidupkan TV, apatah lagi bermain-main dengan aplikasi,” kata MHakim.

Dalam pada itu, seorang warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Yusof berkata, dia memilih untuk tidak menghadiri temu janji tersebut kerana pengambilan dos penggalak bukan satu kewajipan.

“Sebelum ini menteri pun cakap dos penggalak diberikan secara percuma dan sukarela. Ini bermaksud tiada paksaan. Jadi saya ada pilihan untuk menolaknya.

“Lagipun saya sudah menerima dua dos lengkap Pfizer. Bagi saya tiada keperluan untuk ambil dos penggalak ketika ini,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Pada masa sama, pekerja swasta, Liana Omar memberitahu ibunya menolak suntikan dos penggalak atas faktor kesihatan.

“Dia ada masalah kesihatan dan memang ada pemeriksaan rutin di Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM). Walaupun dapat ubat yang disarankan doktor tapi ubat tersebut tidak sesuai dengannya.

“Sebelum ini pun dia ragu-ragu sama ada vaksin COVID-19 sesuai atau tak dengannya. Tapi dia ambillah juga vaksin Sinovac atas nasihat doktor kerana kesan sampingannya paling ringan. Jadi untuk dos penggalak saya rasa dia terpaksa tangguh dulu,” katanya.

Sebelum ini, Khairy menegaskan pemberian dos penggalak ini tidak bermaksud dua dos yang telah diterima tidak berkesan.

Namun katanya, dos tersebut bagi memastikan penerima vaksin mendapat tempoh perlindungan paling optimum. - Getaran, 12 November 2021

Sorotan

1

Rosmah Masih Di Singapura, Tidak Hadir Perbicaraan

2

Avaa Vanja Tuntut Cerai Daripada Suami

3

Auntie Anne’s Di Singapura Kini Berstatus Halal

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Menang Piala Malaysia, Shahidan Isytihar Cuti Tambahan

oleh Zaidi Azmi

Semasa 18 jam yang lalu

Gagal Fasih Bahasa Kebangsaan, Pelan Perpaduan Negara 'Bungkus' Tengah Jalan

oleh Aiman Sadiq

Semasa 19 jam yang lalu

Langgar SOP: 94 Pengunjung Pusat Hiburan Kena Kompaun RM188,000

Semasa 1 hari yang lalu

Kemasukan Pelajar, Pekerja Asing Dari Negara Dikesan Varian Omicron Disekat - Khairy

oleh Susan Albert