web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lamar 2 Bekas ADUN UMNO Jejas Imej PH - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 12:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan PKR dan Amanah yang ingin melamar dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan langkah terbaik untuk dilakukan ketika ini.

Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan itu hanya akan menjejaskan imej Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini menentang sebarang perbuatan melompat parti.

“Menerima bekas dua ADUN UMNO itu boleh menggugat pandangan umum terhadap PH yang menyokong anti lompat parti. Sudah tentu akan ada ahli di peringkat akar umbi yang menolak. Itu menjadi kebimbangan PH ketika ini.

“Ia akan menjadi penentu keputusan di dua kerusi mereka akan dicalonkan, sekali gus memberi kesan kepada kerusi-kerusi lain yang ditandingi PH. Jadi pada pendapat saya sebenarnya lebih baik tak ambil mereka,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Mohd Azizuddin Mohd Sani
Mohd Azizuddin Mohd Sani

Begitupun, Mohd Azizuddin berpendapat mungkin ada sebab PKR dan AMANAH mengambil pendekatan sedemikian.

“Kadang-kadang ada sokongan yang tidak berdasarkan parti tapi mengambil kira prestasi mereka di kawasan tersebut. Jadi jika mereka bertanding semula, itu bonus kepada parti yang mereka wakili.

“Sebagai contoh (Datuk Seri) Idris Haron pernah jadi ketua menteri, mungkin ada penyokong tegar dia. Jadi ada rasional di sebalik penerimaan beliau. Mungkin itu perspektif yang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ambil kira,”katanya.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak tindakan itu akan mempengaruhi sokongan pengundi kali ini.

“Selalunya akan ada pengundi tak setuju undi calon lompat parti tapi ada juga yang tak kisah. Setiap orang yang mengundi itu ada perspektif berbeza.

“Tapi sudah pasti akan ada pengundi yang tak akan mengundi mereka ini kerana mereka punca kejatuhan kerajaan Melaka sebelum ini. Namun jumlahnya kita tak tahu berapa ramai,” katanya.

Mohd Azizuddin berkata, PKR dan AMANAH perlu mengkaji semula keputusan itu demi kebaikan parti.

“Keputusan terpulang kepada konsensus kesepakatan dalam PH. DAP ada pandangan tersendiri dan mereka juga kena terima pandangan PKR dan Amanah.

“Memang ada implikasi kepada PH tapi mereka perlu kaji sejauh mana impak tindakan itu. Jadi mereka kena fikir strategi terbaik menerusi keputusan yang mereka buat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, PRN Melaka akan menyaksikan persaingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

“Sudah tentu akan ada ADUN sebelum ini bertanding semula dan ramai antara mereka mungkin akan menang. Tapi bergantung juga kalau mereka tak perform, mereka akan ditolak rakyat.

“Cuma nak menentukan siapa menang, kena lihat dinamik politik di Melaka ketika ini. Pada pendapat saya boleh jadi BN atau PH tapi kalau menang pun menang tipis sahaja,” katanya.

Berbeza berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, beliau melihat kesemua parti bertanding sudah memulakan perang psikologi di media sosial.

“Sebelum ini (PRU14), PH mendominasi kempen di media sosial tapi sejak kebelakangan ini UMNO makin kuat. PN juga aktif tapi pembangkang masih kuat berbicara mengenai isu semasa dan nasional.

“Sebenarnya rakyat tak suka pilihan raya ini diadakan jadi mereka marah kepada UMNO. Sekarang UMNO nak alih marah itu kepada PH dengan main isu sokongan PKR dan Amanah kepada dua bekas ADUN lompat parti. Kita dah nampak perang psikologi sesama mereka sudah bermula,” katanya.

Terdahulu, DAP menolak keempat-empat ADUN yang langkah politik mereka membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bulan lalu, untuk dicalonkan bertanding atas tiket PH pada PRN negeri itu, 20 November ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti malam tadi.

“DAP terus konsisten dalam mempertahankan prinsip, cita-cita dan integriti kami bahawa PH perlu menjauhkan diri daripada golongan ‘kleptokrat, oportunis dan penyangak’ untuk mengekalkan dan tidak kehilangan ketinggian nilai moral.

“Apa yang dikatakan adalah bagi mencapai kemenangan di Melaka, kita perlu secara taktikal bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan.

“Bagaimanapun, matlamat itu tidak membenarkan cara, terutamanya apabila komitmen mereka terhadap reformasi tulen politik yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara diragui,” katanya. - Getaran, 3 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar