web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedai Emas Dipecah Masuk, Suspek Miliki 17 Rekod Lampau Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 4:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tidak sampai 24 jam selepas sebuah kedai emas dipecah masuk, polis berjaya menahan seorang suspek, sekali gus membawa kepada penemuan lebih 100 barangan perhiasan yang dilarikan perompak.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian itu disedari pemilik kedai emas tersebut yang terletak di Kompleks Sri Putra, Jalan Seberang Putra sebelum individu berkenaan membuat laporan polis kira-kira jam 11 pagi semalam.

Hasil maklumat risikan dan siasatan katanya, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di Jalan Raja, dekat sini kira-kira jam 6.45 petang semalam bagi membantu siasatan.

“Tangkapan itu membawa kepada rampasan barang kes antaranya 16 rantai tangan dan kaki berwarna perak serta keemasan, 52 cincin pelbagai bentuk dan warna serta 65 rantai leher perak dan hitam.

“Selain itu terdapat juga 15 rantai bangle, satu bekas plastik mengandungi 25 set batu cincin, seutas gelang tangan jed dan satu beg berwarna biru gelap,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, semakan mendapati suspek memiliki 17 rekod lampau atas pelbagai kesalahan jenayah dan dadah.

“Lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun selain didenda dan sebat untuk kesalahan kedua serta seterusnya.  

“Kertas pertuduhan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan pertuduhan,” katanya.

Beliau memaklumkan setakat ini nilai kerugian berkaitan kes tersebut masih disiasat. - Getaran 19 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 4 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 5 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad