web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKP 2.0 Tingkat Risiko Pinjaman Ah Long

Ah Long menjadi `bantuan segera' kepada golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan wang, tatkala mereka berdepan dengan masalah kewangan ketika Covid-19 melanda.

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 12:00PM

Ah Long mengiklankan perkhidmatan mereka di merata tempat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang diumumkan kerajaan dilihat sebagai satu tindakan proaktif, dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di negara, selepas ia makin 'menggila' sejak Oktober lalu.

Di sebalik kegusaran rakyat terhadap wabak COVID-19, ada perkara lain yang lebih membimbangkan mereka susulan pengumuman pelaksanaan PKP 2.0 dan proklamasi Darurat baru-baru ini.

Majoriti risau akan keupayaan kewangan diri, bimbang jika gagal menyediakan makanan di atas meja untuk seisi keluarga terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah atau bergaji harian.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dalam pertemuan bersama Getaran baru-baru ini berkata, pihaknya menjangkakan golongan yang terdesak ini akan mengalih pandangan mereka terhadap cara mudah untuk mendapatkan 'bantuan kewangan' iaitu menerusi pinjaman Ah Long.

Menurutnya, PKP 2.0 yang diumumkan adalah kejutan tahun 2021 kepada rakyat Malaysia dan ia sangat membimbangkan.

Beliau berkata, golongan berpendapatan rendah pastinya menunggu 'berita baik' daripada kerajaan susulan pelaksanaan PKP 2.0 seperti pengumuman bantuan yang diperoleh mereka pada PKP tahun lalu.

"Bantuan yang diumumkan kerajaan pasti sedikit sebanyak melegakan namun berdasarkan aduan yang diterima PPIM pada tahun lalu, ia tidak menunjukkan penurunan sebaliknya meningkat berbanding tahun sebelumnya," katanya.

Nadzim berkata, statistik PPIM mendapati, bilangan golongan berpendapatan rendah yang membuat pinjaman Ah Long pada tahun lalu meningkat sehingga 30 peratus berbanding tahun sebelum.

"Senario berkenaan berlaku susulan pelaksanaan PKP bermula Mac hingga Mei 2020, menyebabkan pendapatan golongan terbabit terjejas. 

"Ia bukan hanya membabitkan golongan berpendapatan rendah, aduan turut diterima daripada kalangan ahli perniagaan yang turut terjebak, semata-mata untuk memastikan kelangsungan perniagaan," katanya.

Menurutnya, PPIM menerima 6,537 aduan di seluruh negara membabitkan kes pinjaman Ah Long, sepanjang tahun lalu.

Jelas Nadzim, dapatan statistik juga menunjukkan bahawa komuniti bandar berada pada senarai teratas membabitkan pinjaman Ah Long, susulan kemelut kewangan yang melanda ekoran pandemik COVID-19.

"Walaupun gangguan yang dilakukan Ah Long bukan seratus peratus berbentuk fizikal, ia sudah memadai mencetuskan tekanan emosi, malah ada yang takut untuk meninggalkan rumah kerana berasa terancam.

"Perkara sebegini harus dipertimbangkan oleh kerajaan, bagi membolehkan golongan terbabit tidak mencari jalan mudah dengan beralih kepada Ah Long, sebagai solusi terhadap masalah kewangan dihadapi," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut beliau berkata, pihaknya turut menerima aduan membabitkan hutang mangsa yang meningkat berkali ganda berbanding jumlah asal pinjaman.

Getaran diberitahu, hutang itu yang sekadar berjumlah RM700 pada awalnya, melonjak berkali ganda dalam tempoh tidak sampai sebulan.

"Bayangkan, seorang pelajar meminjam hanya RM700 untuk menyelesaikan bayaran pelajarannya namun terpaksa membayar semula hampir RM100,000.

"Mangsa bukan saja mengalami gangguan emosi malah keluarganya turut diganggu oleh Ah Long yang mahu hutangnya diselesaikan dengan segera," katanya. – Getaran, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dah Bayar Pun Nak Simbah Cat Lagi Ke?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Dalam Pesawat Dipercayai Terlibat Kegiatan Along 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Semasa 1 hari yang lalu

Kemalangan Maut Simpang Renggam: Jenazah 4 Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Semasa 9 jam yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

oleh Sophia Ahmad