web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berlabuh Tanpa Kebenaran, APMM Johor Rekod Penahanan Ke-100

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 5:53PM

Antara kapal yang ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran. - Gambar ihsan APMM Negeri Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor mencatatkan kes penahanan kapal yang ke-100 dan 101 pada tahun ini.

Ia merupakan kes tertinggi, sekali gus memecahkan rekod sebelum ini pada 2010 yang melibatkan penahanan 93 kapal, atas kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 di perairan negeri ini.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya percaya peningkatan kes itu adalah hasil operasi berterusan Ops Jangkar Haram (OJH) yang diperkenal dan dikuatkuasakan 24 Mac lalu.

Beliau berkata, 83 kapal ditahan sehingga hari ini selepas OJH dilaksanakan.

“Ops Jangkar Haram dilancarkan bagi mengekang kapal-kapal daripada berlabuh tanpa kebenaran terutamanya di kawasan Tompok Utara dan berjaya menahan 83 kapal.

“Sebelum operasi khas ini dikuatkuasa, sebanyak 18 kapal ditahan bagi kesalahan sama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Johor di sini, hari ini.

Bagi kes ke-100, sebuah kapal tangki berdaftar di Mongolia ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia dan dikesan melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram bersama sebuah kapal tangki lain.

Kapal yang dikendalikan lapan krew warga Indonesia berusia 23 hingga 66 tahun itu didenda sebanyak RM50,000 pada 22 September lalu.

Nurul Hizam (dua dari kiri) menunjukkan peta kawasan perairan yang menjadi tumpuan kapal bersauh secara haram. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Nurul Hizam (dua dari kiri) menunjukkan peta kawasan perairan yang menjadi tumpuan kapal bersauh secara haram. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Bagi kes ke-101, kapal tangki berdaftar di Panama dengan 25 krew warga Indonesia, Ukraine, Georgia dan Rusia berusia 23 hingga 53 tahun itu juga ditahan atas kesalahan yang sama.

Kedua-dua kapal tangki ini ditahan kira-kira jam 1.30 petang, pada 31 Ogos lalu di kedudukan 22 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Kota Tinggi, Johor.

Nurul Hizam berkata, dengan penahanan 101 kapal pelbagai jenis itu, sebanyak RM2.5 juta denda dan kompaun berjaya dikutip, dengan RM1.3 juta diperoleh menerusi Operasi Jangkar Haram, membabitkan 47 kes yang sudah selesai didakwa serta didenda.

Katanya, baki 36 kes masih dalam siasatan dan proses pertuduhan.

“Siasatan mendapati kawasan perairan tompok utara negeri ini, menjadi tumpuan kerana ia adalah laluan keluar masuk selain faktor geografinya yang sesuai.

“Kedalaman laut di kawasan ini adalah kurang daripada 60 meter yang mana ia sesuai untuk melabuhkan sauh,” katanya.

Nurul Hizam berkata, antara kapal yang ditahan berdaftar di Singapura, Indonesia, Greece, Hong Kong, Norway, China, India, Vietnam dan Filipina.

Katanya, alasan paling kerap diberikan pengendali kapal apabila ditahan adalah tidak mengetahui atau menyedari kawasan yang dilalui mereka itu adalah perairan Malaysia.

“Kita tidak akan mempertimbangkan alasan seumpama itu kerana agak mustahil mereka tidak mengetahui sudah masuk ke dalam perairan negara ini sedangkan di mana-mana negara pun ada undang-undang dan mereka pasti tahu untuk mematuhinya,” katanya.

Nurul Hizam menarik perhatian, APMM negeri akan terus menjalankan OJH secara tegas sehingga pematuhan mencapai 100 peratus.

“Kita akan pastikan kapal-kapal antarabangsa ini tidak lagi mengambil kesempatan untuk berlabuh di perairan negara terutamanya negeri ini tanpa membayar cukai kepada kerajaan,” katanya. - Getaran, 26 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar