web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Minuman Tenaga, Adakah Ia Selamat?

Minuman tenaga sepatutnya membantu dan bukan memudaratkan. Tetapi nampaknya ada kajian yang mengatakan sebaliknya.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 12:25PM

Gambar: Mauro-Matacchione, Studio ETX-Getty Images

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun selalunya diambil untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental, terutamanya di waktu pesta atau acara, minuman tenaga mungkin bukanlah selalu pilihan terbaik untuk kesihatan anda. Kajian terbaru di Amerika Syarikat mendapati sesetengah minuman tenaga mungkin mendatangkan kesan buruk terhadap jantung. Hasil kajian menunjukkan bahawa minuman ini berpotensi menyumbang kepada keadaan jantung yang serius.

Pasukan penyelidikan yang diketuai oleh seorang profesor dari Texas A&M University telah mengkaji minuman tenaga (penjualan global dianggarkan bernilai AS$ 53 bilion pada tahun 2018) untuk menentukan potensi risiko kesihatan terhadap pengguna. Untuk menjalankan kajian ini, mereka menilai 17 jenama popular dan kemudiannya merawat kardiomiosit - sel jantung manusia yang dihasilkan di makmal - dengan setiap minuman. Mereka kemudiannya mengkaji komposisi minuman untuk mengenal pasti ramuan yang paling berbahaya.

Diterbitkan dalam jurnal Food and Chemical Toxicology, kajian itu mendapati bahawa kardiomiosit yang terdedah kepada minuman tenaga tertentu (jangan terkeliru dengan sports drink atau minuman isotonik) menunjukkan peningkatan kadar denyutan dan lain-lain faktor yang mempengaruhi fungsi jantung. Bukan itu sahaja, para penyelidik juga menyatakan bahawa pengambilan minuman ini dikaitkan dengan ‘degupan jantung yang tidak normal’, kardiomiopati, meningkatkan tekanan darah dan masalah jantung yang lain. 

Gambar: Neonbrand, Unsplash
Gambar: Neonbrand, Unsplash

“Memandangkan tiada sebarang kawalan dikenakan untuk pengambilan minuman ini dan ia boleh didapati secara meluas oleh pelbagai golongan usia, potensi kesan buruk terhadap pengambilan produk ini tertakluk kepada kebimbangan dan ia memerlukan kajian. Memang, pengambilan minuman tenaga dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan pada manusia, banyak di antaranya berkaitan dengan kesan terhadap jantung, "jelas Dr. Ivan Rusyn, yang mengetuai kajian ini.

Walaupun mereka mengenal pasti ramuan-ramuan tertentu yang terbukti mendatangkan keburukan terhadap fungsi jantung, para saintis berpendapat lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan bagi mengenal pasti apa yang boleh diambil, apa yang tidak, terutamanya di kalangan individu yang mempunyai masalah kesihatan. 

Perhatikan bahawa penyelidik tidak menyebut tentang tahap pengambilan minuman ini. Bagaimanapun, kajian terdahulu melaporkan terdapat kesan bahaya jika minuman tenaga di ambil secara berlebihan, sementara pengambilan sedikit hingga sederhana mungkin mengundang sedikit bahaya atau tidak sama sekali. Oleh itu, ini adalah faktor yang juga harus ditentukan pada masa akan datang.

"Kami berharap Food and Drug Administration akan melihat dengan lebih dekat sama ada minuman ini memerlukan kajian lebih teliti kerana ia mungkin ‘dilabelkan’ dengan salah serta mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan, dan sama ada kumpulan umur dan subpopulasi yang terdedah harus diberi perhatian terhadap pengambilan minuman ini, " jelas penyelidik membuat kesimpulan. - Studio ETX, 15 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi